Tuesday, August 24, 2010

approaching...

Quite awhile..................not sure why though. It seems my tendency to open this page has been decreasing for this past few months. My previous post might tell the whole story,but no all,I guess. I'm a little bit busy,doing sorts of rigmarole since the beginning of this hectic semester. My wallet are getting lighter each and every week. I need to go back home almost every f***ing weekends,just to get down on my knees in front of my dad,the only way to re-fill the emptiness in my pocket. I am now going through a special month, a month they call Ramadhan. One of the holiest month in the Islamic calendar. More than a week of this month had passed,yet I feel that there is nothing to it. I go the mosque almost every night,performing the Tarawikh prayers. But this awkward feeling of obscurity and frustration keeps on bugging me. Maybe those nights at the mosque were not enough for me to get rewarded from Him. I seldom read the Holy Qoran nowadays, or even performing the Dhoha prayers in the morning even if I have that little leisure time. I miss those days back in Kuala Kangsar. Back then, I may not be the most cunning or loveable of all of students, but still, I spent most of my Ramadhan in the surau from day to day. This new life of mine might have tones of freedom, but spiritually, I am getting worse. Reminiscing those days makes me remember, how I went through this fasting months without the love of both my parents as I was staying in a boarding school. Instead of breaking fast with them, I am doing it with a new bunch of guys, a bunch of guys that now I consider my blood-brothers. Remembering all those hard times we shared together, it makes me happy,makes me smile. I never thaught of getting into drugs,being a notorious school gangster or even getting involve in any nonsence puppy-love syndromes, because I have you guys to feel my life with all sorts of laughter,happiness and most importantly,brotherly-love. Thanks guys. Jom Murni!!!!!!!!!!!!

Getting back to my core business,studying. I might say that it started quiet brightly, I fell in love with two Islamic Law subjects. Hope to score A's on both subjects. Still a long way to go. I have started planning on my future. I am a kind of guy who will never be satisfied in any circumstances. I still have some other things to fulfill after this four years,and I'm not going to let anything or even anyone to be an obstacle for me in reaching it. Jealousy...yes,jealousy. This is the element that droves me in reaching my goal. He has been looking down on me since school. I'll prove to him one day, I might be living with your cash,but sooner or later, I'll be a filthier man with tones of money of my own.

Right now,there is nothing more vital for me than to study. This is my priority. I'm not here for enjoyment,I'm not here to be in any serious relationships(yet I am right now). Hope there is a bright light at the end of this dark tunnel I am passing through. It has been years since I was a notorious guy.....I am not looking back.

Ramadhan is not over yet. God,give me that strength..that strength for me to feel this Holy Month of Yours with all the Blessfull deeds that I could possibly manage.....
Amin.......

Monday, August 2, 2010

kesialan.....

gua dah lama tak update gua nye blog ni. bapak berhabuknye bila gua bukak. sawang sana-sini,siap berdaki lagi. Bermulanya semester baru di sini, lebih kurang macam dulu jugak, bermula dengan kesengalan yang tak dapat gua rungkaikan melalui keyboard Laptop Asus gua ni. Masuk saja Tahun 2 ni, memang gua dah mula sengal-sengal ubi pasal result gua before ni untuk sekian kali nye lingkup. Result exam gua jatuh, tak macam-macam member gua yang lain, semua meningkat tahap dewa. Frust,tension,bengang,rasa macam nak pulas perut sendiri pun ada. Gua tak tau mana silap. Dulu masa 1st sem,time ramai member2 gua yang result merudum,result gua boleh pulak OK. Takde la sampai tahap gempak,tapi ok la nak bandingkan dengan yang lain,hampir la jugak mencapai target. Tapi exam baru ni,totally out. Bapak gua tau,memang dia redha dan menerima dengan hati yang terbuka sebenarnya kan? Sepanjang dekat rumah, semua yang gua buat, semua salah,semua serba tak kena,semua tak betul, semua pasal result gua yang mantap ni. Kalau dulu, bapak atau atuk gua ada la jugak bekalkan duit belanja, sekarang ni bagi duit serupa tak bagi duit saja,time nak hulur duit tu pun tak pandang muka gua,tau la muka gua ni muka loser,tak hensem pulak tu.... kalau dulu gua miskin,sekarang gua rasa dah jatuh tahap fakir dah...

Gua frust gila duduk rumah. Bukak saja semester baru, gua terus chow dari rumah,bajet nak peace dekat sini. Korang rasa gua dapat peace tak?? Disebabkan result gua yang mantap ni, gua tak dapat ambil lebih dari 20 unit. Gua pun apply la nak tambah kredit dekat ofis FUU, tapi tak lulus pasal ada kesilapan masa gua apply. Terima kasih banyak-banyak gua nak ucap kepada Kerani ofis tu pasal tak bagitau gua awal-awal apa yang tak kena dengan borang permohonan gua tu. Hasilnya, gua still tak boleh tambah kredit, maka kena la tangguh untuk buat subjek2 yang tak penting ni ke semester lain. Sekarang gua dah mula serabut, nak buat short-sem ke tak nak??? Gua plan nak buat attachment cuti ni,tapi larat ke gua nak buat 2 subjek sengal ni dalam 1 sem?? Serabut!!

Maka bergembiralah gua di Kolej kediaman gua ni. Gua pun terpaksa la register ko-k yang sampai sekarang gua tak tau ape kejadahnya yang gua ambik tadi.

Sekarang ni gua tengah buat assignment . Bak kata pepatah,sambil menyelam, minum la 2-3 teguk air. So gua pun ambil kesempatan ni untuk update blog. Lu olang rasa kan,nasib gua boleh jadi lagi malang tak? Gua rindu gila babi masa 1st year 1st sem. Masa tu hidup gua agak teratur dari sekarang. Hasilnya,result gua time tu ok,walaupun tak la gempak mana. Naik saja 2nd sem,semua lingkup. Pasal result yang hancur tu,berduyun2 nasib malang datang hempap gua. Entah la bai,memang nasib gua nak jadi macam ni kot. Tiba-tiba gua terfikr,maybe gua patut buat macam kat koleq dulu. Gua patut persetankan semua orang,asalkan gua selamat,gua berjaya. Bapak gua ade nasihat dengan penuh tak ikhlas sebelum gua masuk 2nd year ni. Dia cakap, "hypocrisy is the short-cut to success". Gua cuba fikir-fikir balik ape la yang tersirat di sebalik ayat bapak gua ni?


Gua tak tau la macam mana sem baru ni akan berakhir,gua just berdoa ke hadrat Illahi semoga gua jadi lagi baik...........

Friday, July 16, 2010

kepulangan

Semuanya bermula secara tak sengaja. Gua saja pergi Subang Jaya,nak lepak dengan Anas & Hafiz. Time tengah makan-makan dekat Subang Parade, tiba-tiba timbul idea nak balik Kuale, tempah kami menelaah ilmu selama separuh dekad. Nak ambil sijil SPM dengan 1119. Masa tu dah ramai member2 yang dah start belajar balik,specially budak UiTM. Jadi tak ramai la yang dapat pergi Pada hari Khamis berikutnya, gua, Anas, Hafiz & Jekbe memulakan perjalanan dari Subang Jaya ke Kuala Kangsar dengan menaiki Naza milik Anas. Lebih kurang 3 jam, maka nampak la petanda yang kami dah nak sampai.


Simpang ke Kuala Kangsar.


Masuk2 je bandar ni, gua terkejut jugak. Dah maju,bangunan2 baru pun dah banyak . Yang paling gua tak tahan, Kuale udoh ade Pizza Hut yob!!! Ate idok le teman tau bile dibuatnye, tau2 udoh terponggo depan mata. Seronok betul budak2 sini sekarang,tak ada la nak makan2 dekat KFC je. Dah ade alternatif lain.

Tanpa menoleh ke belakang,kami berempat pun melangkah masuk ke alma mater lama kami. Sampai2 je Foyer, sekali lagi gua terkejut. Ada satu menatang ape entah dok melekat kat atas dinding tu.


Ni la menatang tu. Kan ke lagi baik deme letak dekat Common Room,boleh le budak2 tengok world cup in HD.

1st stop in Koleq,pejabat. Nama pun nak ambil sijil. Lepas tu ke bilik guru. Ramai jugak cikgu2 lama masih ada dekat sini macam Cikgu Faridah, Cikgu Azian, Cikgu Rosnani & Ustaz Khainuri. Sebelum kami blah, kami sempat jugak bergamba dekat sini


4 musketeers in front of Big School


New Hostel, asrama Form 2
Kami pergi pekena Laksa dengan Cendol dekat Lembah kejap. Lepas tu , kami pun bertolak balik. Nak makan dekat Murni,dengar cite Chicken Chop dia best.
1 hari saja..tak lama pun. Apa yang gua dapat tengok,specially generasi baru budak Koleq ni, manners sangat kurang. Mencarut tak tentu pasal, dengan kami pun tak hormat,macam ni ke budak Koleq@ MCKK yang patu dibanggakan? "Ghope ini budak MC??",cakap orang Kuale. Maybe pasal dimanjakan sangat,tak pernah kena yang macam gua dengan member2 kena dulu, so diorang naik kepala. Sumpah, gua rasa kemanisan hidup dekat sini dah tak ada. Semuanya Academic atau Exam-Oriented. Belajar, belajar & belajar. Budak-budak jadi tak ade life. Gua bukan nak cakap yang Ord, Fly, Kirik, dan perkara2 sewaktu dengannya tu baik dan patut dijadikan amalan seharian. Tapi come on, think outside the box. Contohnya, Sampai sekarang gua rasa Koleq la satu-satunya SBP yang ada Prep Pagi masa hari Ahad. Last2,bukannya result PMR dengan SPM makin baik,makin merudum ade la gua tengok. Jangan la tekan budak2 sangat. Life kat sini bukan untuk study saja, life dekat sini untuk persediaan pada masa depan sebenarnya.
Pernah tak lu orang rasa, macam mana best nye balik kampung? Walaupun dekat kampung maybe tak se-happening seperti berada di bandar,tapi rasa seronok. Itu la yang gua rasa bila balik ke Bandar Di-Raja ni. Masa gua form 1, gua frust pasal terpaksa berpisah dengan rakan karib gua seperti Playstation, Astro dan tak dilupakan bilik kelamin gua,semata-mata untuk ke bandar yang hanya ada The Store(sebelum ni Fajar) sebagai supermarket utama dekat sini. Memang pekan koboi. Tapi makin lama,bersama-sama dengan Legends 0307 membuatkan gua sayang tempat ni. Dari umur 13 tahun, gua berjauhan dengan ibu ayah,gua belajar basuh baju dengan berus sabut, gua belajar kemas katil pagi-pagi,gua belajar gilap kasut bagi berkilat, tapi yang paling penting, gua belajar erti kehidupan & persaudaraan. Gua tak pernah rasa sunyi, pasal gua ada rakan-rakan yang selalu sokong gua dari belakang,dari bawah dan tepi pun ada jugak. Frankly speaking,memang rasa sekejap. Tapi gua puas dapat balik. Bak kata Jekbe "gua tertinggal barang kat Kuala Kangsar, hati dan speret gua..keh3..thnx dow..kejap pun tapi bapak puas.." Sama la Jekbe, Gua pun tertinggal hati dan speret gua jugak. InsyaAllah,lepas ni,kami semua datang balik....



Selamat tinggal Kuala Kangsar. Moga kita ketemu lagi.........



Tuesday, July 6, 2010

5 waktu...

Gua bangun agak awal la pagi tadi. Dalam pukul 2.50 pagi,nak tengok Netherlands vs Uruguay. Ingat nak tengok dekat luar, namun ketiadaan Mitsubhi Evo Lancer gua telah membantutkan hasrat itu. Mula2 memang mengantuk tahap gaban la, namun selepas jaringan mantap Geovanni van Bronchorst( sori la,gua tak ingat camne nak eja nama dia), gua terus semangat nak tengok. Netherland menang 3-2. HAHAHAH,gua benci Uruguay,dah la menang quarter hari tu pun nasib.

Habis match,gua sambung bisnes tido gua. Dalam pukul 7, gua bangun nak solat Subuh. Nasib baik la Puan Arbaeyah bt. Haji Ramli a.k.a ibu kesayangan gua kejut dengan penuh kasih sayang. Dia ni nak pergi market dengan abah tadi, nak tambah bekalan tempoyak dekat rumah ni. Lepas solat je,gua sambung tido. Ha ni tabiat buruk namanya,lepas solat Subuh la terbukanya pintu rezeki. Kalau lu tido balik,serupa la macam tolak rezeki. So jadikan habit gua ni sebagai sempadan ye. Don't try it at home,ok??

Maka balik la mak gua ke rumah. Gua pun secara automatiknye bangun nak breakfast. Time makan2,kitorang borak pasal satu benda yang sangat basic dalam kehidupan kita,khususnya orang Islam ni. Tak lain tak bukan, solat 5 waktu. Mak gua cakap, masa dia kecik dulu, arwah nenek cukup jaga perkara ni. Senja je,terus mak dengan adik-beradik lain kena panggil masuk rumah. Sebelum dia meninggal, dia pesan dekat mak suruh jaga solat cucu-cucu dia. Mak gua masa kerja dulu, bangun pagi dalam pukul 5. Buatkan breakfast,basuh baju, dan terpenting sekali,kejutkan dua putera dia ni bangun solat subuh. Masa tu gua dengan adik sekolah rendah lagi. Kecik2,mesti la merungut. Merengek2,maki2 mak gua pasal kejut awal sangat. Tapi dia sabar je. Masa gua darjah 4, gua kantoi tak solat Maghrib pasal dok tengok T.V lama sangat. Bapak gua keluar bilik,bawak cota dia, terus balun peha gua. Time tu gua memang panas la dengan dia. Ye la, sebelum ni kalau tak solat dia dok rilek je. Tiba2 hari tu boleh pulak gua kena tiba.



Time solat pun boleh dengar lagu..hish...

Lepas kejadian tu, terus gua tak berani tinggal dah. Gua time tu memang hipokrit gila, solat macam tak nak solat je. Lebih kurang macam dekat bawah ni la,tak khusyuk..

Time tengah borak2 dengan mak gua ni, gua teringat satu kejadian masa gua Form 2. Hari tu hari Ahad,kitorang baru balik Prep Pagi. Of course la sekor2 letih. Dipendekkan cerita,azan Zuhur berkumandang. Gua pun terbangun,terus pergi surau. Dalam surau tu,gua nampak dua orang prefect asrama kami tengah dok study dalam. Gua mula2 buat tenang saja la,habis solat,gua sambung buat taik mata balik. Lepas saja solat Asar petang tu, prefect tadi bunyikan loceng,panggil kami form 2 semua berkumpul. Dia keluarkan 1 list nama,panggil sorang2. Nama gua ada. Gua dah cuak bai,adoi ape la agaknye salah gua ni? Rupa-rupanya nama2 yang dia sebut ni ialah nama2 yang pergi surau Solat Zuhur tadi. Diorang saja je lepak study kat belakang, nak cek siapa yang tak solat. Yang kantoi, dia suruh pumping berapa kali entah. Yang solat pun , kena juga,kena "Half-way Down". Pasal ape,pasal tak ajak member2 ni solat sekali.

New Hostel, asrama pelajar Tingkatan Dua
Sekarang ni gua dah pun habis sekolah. Tapi Alhamdulillah, gua still ingat pesan mak abah gua,solat jangan tinggal. Baru gua tau,bapak gua balun dulu, pasal masa tu gua dah 10 tahun. Rasulullah pesan, kalau dah 10 tahun tak solat jugak,mak bapak boleh pukul anak tu. Pukul mendidik la,bukan pukul lepas geram. Pernah sekali gua balik kampung, bapak gua sindir gua depan kawan2 & saudara mara dia. Dia cakap, gua ni dah la belajar tak tinggi, pergi oversea pun tak pernah, tapi susah sangat nak jaga solat. Dia cakap,dia ramai saja kawan2 yang kelulusan ACCA dari England, MBBS dari Ireland,tapi balik2 Malaysia ni still boleh jaga solat.
Gua masa tu memang agak terasa hati la. Tapi sekarang gau tau,betul jugak cakap dia. Gua tengok generasi zaman sekarang ni,belajar tak la tinggi. Bergaya mengalahkan Mat Salleh,(padahal speaking pun tak reti). Tapi bila tanya kenapa tak solat,macam2 alasan diorang bagi. Tak biasa la,susah la. Sumpah gua nak tergelak. Gua ingat diorang ni mungkin lahir dekat bandar2 macam Edinburgh,New York,Boston,London,Dublin,Los Angeles or etc .Ye la kan,biasanya orang2 yang lahir dekat oversea ni saja yang diketahui susah nak solat. Rupa2 nya,lahir dekat hulu2 gak. Ada hati nak cakap susah nak solat. Adoyai.....
Gua akui,gua bukan la baik sangat. Lagu yang gua layan pun bukan la lagu2 Raihan ke, Hijjaz ke, Saujana ke. Gua suka lagu2 yang pelik. Tapi kalau gua yang layan lagu2 macam ni pun,still ringan kaki nak pergi surau,lu olang yang layan lagu2 indie lembik,chord gitar sama je dari mula,jiwang tahap leleh, tak kan la susah sangat nak solat.
Mak gua pesan tadi, kalau dia dengan abah dah tak ada, make sure 5 waktu tu still jaga. InsyaAllah, diri tu akan terpelihara. Bila dah dapat anak nanti, ajar dia solat sejak umur 7 tahun. Tak kisah la nakal @ jahat macam mana pun budak tu, selagi dia jaga solat, dia akan dihormati. Terima kasih,mak & abah.....luv u guys more than anyone else.....
Akhir kata, baik la lu orang solat, sebelum orang kasi solat sama lu...

Saturday, July 3, 2010

as I lay dying.........

well, for those Metal Freaks out there,you might be familiar with the name of this new post of mine. not to be fancy or anything, just don't have any mind-blowing ideas to put on the title. To start, this piece of sketch has nothing to do with the the title. I just got home from doing the same rigmarole I did on every delightful Sunday morning. To start, I woke up and performed my Subuh prayers. Credits to the greatest Eve who had ever roam on God's Earth(at least for me,that is), my mother!!!!. She's my unofficial morning clock. Sometimes I wonder, man, will this lady ever get bored in waking me up for almost every morning? "Aliff, Subuh!!!!" "Aliff, dah dekat pukul 7 ni". "Aliff, nak masuk neraka ke!!????" Ok, that particular final sentence will always went out if she reached the most maximum of all tempers. . I respect my mother in any circumstances. She was my first Ustazah, teaching my brother and I to recite the Holy Quran since we were 5 and 6 respectively. She was still busy working back then,yet she still has that sense of responsibility,to ensure that both her sons are able to perform the 5 time prayers and recite the Quran thoroughly. Man, will I ever find another Angel like you,mak??

OK,enough about her. Let's talk about another "her". She's quite a distance from me right now. Only God knows how I missed her. She has been working lately, spending most of her leisure time on holidays by helping her sister's business. Hmm, hard-working girl. Always texting me messages,filling my boring days with her jokes, and most importantly, keep on loving me for who I am. Because of one of her text, I manage to woke up early this morning, thus avoiding any unwanted audio's from coming out of my mother's mouth. Thanks sayang, I miss u...

It's raining cats and dogs this morning. I went out to have my breakfast, before accompanying my mom to the market. Buying some Terung, Pisang Awak, Ubi Keledek, Jering and one of my all-time favourites, Tempoyak!!!! A local Perak dish that is. Man, I just love its aroma and fragrance.

Finally, I sat home in my room, in front of my lappy,writing this new post. Its quite awkward, this weird feeling suddenly pop-out from my heart and mind. Its like, have I been sleeping all this time? Have I wasted my precious life with nothing? Even worse, have I been dead all this years? This just seems funny, but it keeps messing with my head for hours now. Those 5 years at The Royal Town, have my brothers and I utilise the opportunity wisely? Or is it just 5 years filled with Fly,Ord and Kirik?

A year older, a year wiser. Yeahh right. Doesn't seem that way to me. I entered a new Alma-Mater. Gosh I thought I've changed, but those Dark Ages are just not over yet, do they? I keep on doing the same mistakes over and over again. The mistakes that nearly cost my life a few years back. Allah is The Most Powerful. With all that serious screwed-ups and blunders, He still gives me a slight glimmer of hope in pursuing my life. Alhamdulillah, no other words to describe how thankful I am to You...

I don't know. Maybe I got a little twisted right now. No, I'm already twisted since those days. Maybe because of all those hard-times, I got wacko . Its like a Nuclear bomb. It tooks only one explosion, to ruin the lives of the whole community living around there for years and years to come.

Perhaps I'm wrong. Guess that title does have something in common with what I am writing right now. Maybe I have been dead for all this years. The question is, will I ever be alive again???

Thursday, June 24, 2010

ini khas untukmu....

Gua kenal satu mamat ni tau. Dah lama la, sejak 20 dulu lagi. Tak banyak yang gua tau pasal kisah-silam dia ni. Sikit2 tu ade la. Dia lahir tahun 1952 di Batu 17 Ayer Tawar,Manjung, Perak. Lahir sebagai anak yatim, ayahnya meninggal dunia dibunuh pengganas komunis (yang diketuai Chin Peng,orang kampung dia sendiri). Dia anak bongsu dari 4 beradik. Konfem la mak dia manjakan dia. Dia mula2 dapat asrama dekat Anderson School, Ipoh, tapi mak dia bawak dia balik,pasal rindu sangat. Habis saja sekolah, terus mendaftar dekat Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada tahun 1969. So korang semua tau la yang di ni polis. Dah lama bertugas, dia pun sedar yang dia ni belum pernah ke menara gading,menara belalai pun belum lagi. So,dalam usia 27 tahun, dia pun mendaftar masuk ke UiTM Shah Alam. Dia dok story kat gua,memang malu la,dia mahasiswa 1st Year paling tua masa tu. Orang lain register dengan mak bapak, dia register sorang2 je. Tak lama lepas tu, atas bantuan majikan, dia ditaja ke England,menghabiskan program Ijazah dekat situ.

Ni la dia. Kat belakang tu kira macam fakulti dia la.

Tak lama pun belajar kat situ. Rasa2 nya dalam 1-2 tahun saja. Tapi dia ni sempat pulak ambil peluang jadi tourist dekat situ. Tengok la gamba dekat bawah ni..


Ni dekat Trafalgar's Square.

So pulang la dia ke Tanah Melayu lepas dapat segulung ijazah. Punya la sibuk kerja,tak kawin2 jugak. Masa umur dia 39 tahun, kalau gua tak silap, baru dia bertemu jodoh. Sampai sekarang, Alhamdulillah, rumah tangga dia ni bahagia. Siap ada 2 cahaya mata lagi. Yang sulung tu MasyaAllah, memang kacak tak terkata la. Yang bongsu,ok je la..hehehe..

Siapa la dia ni agaknya ye? Nama dia Abd Rani Mohd Maydin. Orang yang kawin dengan mak gua. Dalam bahasa mudahnya, dia ni la bapak gua. Sepanjang membesarkan gua dengan adik,dia ni banyak bersabar. Masa gua sekolah rendah, dia sanggup balik kerja awal,semata-mata nak ambik gua yang baru habis sekolah. Form 1 gua masuk asrama. Masa mula2 nak tinggal kan gua dekat situ, dia nasihat gua belajar rajin2. Sebelum dia balik,gua nampak mata dia mengalir. Gua agak tak sangka la masa tu. Hahaha...

Naik form 3, gua ni jadi malas study sikit. Result trial PMR gua memang kaw2 nye teruk. Sampaikan dia kena panggil. Gua ingat, tangan dia dah nak naik lempang muka gua masa tu. Tapi entah macam mana dia tak lempang. Dah form 4, gua mula naik kepala. Slip 8A PMR gua tu macam lesen besar gua untuk buat ape2. Gua kurang hajar dengan dia,tak pernah call dia sampai 3-4 bulan,balik rumah lewat. Memang pelempang,penerajang,maki-hamun tu dah jadi makanan ruji gua la masa tu.

As time goes by, baru gua sedar, dia buat semua ni pasal dia sayang kat gua. Dia tak dapat kasih sayang ayah, pasal tu la bila gua dengan adik gua lahir, dia sayang sangat kat kami berdua. Gua sedar semua ni lambat. Lepas berkali-kali gua buat pasal dengan dia,baru gua sedar.

20 Jun, Hari di mana semua bapa di seluruh dunia diraikan. Aliff tau dah lambat,tapi aliff nak ucap dekat abah, SELAMAT HARI BAPA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Sunday, June 6, 2010

in memories....


"Korang tau tak ni ape?" tanya seorang pelajar form 5 kepada sekumpulan pelajar form 1 yang belum sampai sebulan berada di situ. "Ni Dewan TAR,abang!" jawab pelajar2 form 1 itu dengan penuh rasa cuak dan gementar. "SALAH!! Ni lah NERAKA!!!" pelajar form 5 itu dengan penuh garang membetulkan jawapan junior-juniornya........


Itu la sedikit bingkisan, apa yang gua dengan batch 0307 yang gua sayang tempuhi masa mula masuk dewan ni. Nama dewan ni Dewan Tun Abdul Razak,panggil Dewan Tar saja la. Masa kitorang minggu orientasi dulu,sini la tempat kitorang banyak diberi briefing itu- ini pasal life kat koleq ni. Dah habis orientasi, bermulalah sesi-sesi cheering practice kejam yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 terhadap kami semua. Tiap2 minggu form1 sampai form 3 akan masuk dewan ni, berlatih lagu-lagu cheering. "Barisan", "Gung Ho", "Kenek-kenek Udang", sampai lah ke "Bung Wak", dekat sini la kami belajar semua lagu2 tu. Salah tepuk sikit,nyanyi tak betul,mula la kena maki hamun. Kadang2 ada yang kantoi tak hafal lirik,mula la kena panggil turun bawah. Adoi bapak kejam nye.
Naik form 3 pulak, cheering practice dah mula kurang. Dewan ni sekarang jadi tempat kelas tambahan pulak. Ye la kan,nama pun nak PMR. Paling selalu guna dewan ni, Panitia Bahasa Inggeris. Tiap2 hari khamis, kalau gua tak silap la. Kelas 3 Unggul dengan 3 Sejahtera. Kelas Teacher Linda. Rilek gila kelas ni, gua tak pernah rasa tension. Dekat hujung tahun form 3,pengetua tak bagi kitorang balik lagi,pasal nak buat aktiviti entah ape2 , dalam dewan ni la. Subjek2 menengah atas semua dia nak ajar awal2. Ha lepas habis saja last paper PMR, budak2 form 3 ,seperti kelazimannya setiap tahun akan meng"fly"kan diri diorang ke Astaka. Bacth gua pun tak terkecuali la daripada meneruskan tradisi ini. Tapi sedih la, pasal tak pecah rekod, 62 orang je yang fly malam tu. Dah la balik2 saja ,kantoi dengan rampa(dalam bahasa ibundanya,warden sekolah),kena sebat dengan Cikgu Yop sampai dua round, esok pagi tu boleh pulak Cikgu Yop malukan kitorang dalam Dewan TAR. "Aliff, are you also one of the culprits?" Cikgu Linda tanya gua dalam tu,pakai microphone. Malunya memang gua je la yang tau . Sepanjang dalam dewan ni time lepas PMR, gua langsung tak ambik tau ape yang cikgu dok cakap dekat depan. Gua sama ada tido atau vandal "alep_103 w.e" kat bawah meja.
Naik form 4, tak banyak sangat aktiviti dekat dalam dewan ni. Just kelas2 tambahan je. Itu pun kadang2. Naik form 5 , barulah bermulanya sesi-sesi kelas tambahan yang lebih kerap. Malam2 ada saja Panitia nak buat kelas kat situ. Paling gua tak boleh lupa, masa kelas tambahan Fizik. Cikgu Grace boleh masuk Dewan Carey, tunggu kitorang habis dinner. Bukan ape, nak pastikan semua form 5 terus masuk Dewan TAR lepas tu. Gua ade jugak beberapa kali ponteng,time pergi pun kadang2 gua boleh tetidur. Siap kantoi dengan Cikgu Grace lagi,dah malu sekali lagi.
Hari terakhir gua masuk sini, lepas habis paper Biologi Kertas 3. Last paper SPM 2007. Mood masa tu agak suram la dalam dewan ni,pasal ni la kali terakhir kami semua 1 bacth akan bersama. Memang pun,pasal lepas ni sorang2 akan bawak haluan masing2.



Dewan ni macam dewan kuliah.





Biasanya budak2 cemerlang PMR bergambar depan dewan ni. Ni gamba budak batch gua yang dapt 8A(including me,hehehehe)
Beberapa hari lepas, gua dapat tau yang Dewan TAR ni dah roboh. Pasal nak ganti dengan Dewan baru. Sedih bai, banyak gila kenangan dalam ni. Cheering practice, tido,vandal sana-sini, macam2 la. Bila tengok gambar2 kat bawah ni, gua macam nak menangis pun ada.







Bukan Dewan TAR saja,surau Prep School,makmal bahasa Jepun & Perancis pun dah roboh. Yang ni gua tak tau nak ganti dengan ape. Sini pun banyak kenangan. Malam2 masa form 1 dulu, budak2 bahasa Jepun makan Ord dalam ni. Sensei yang bawak. Thanx la sensei. Time kelas dia pulak,kalau dia tak datang, kami dok layan tengok TV dekat dalam tu. Gua,Wanli,Im, Bendoo, Adib & Megat selalu duduk meja belakang. Ye la, budak Jepun yang tak berapa nak pandai. Dah la selalu datang lewat.



Dari kiri, surau Prep School,Makmal Bahasa, & Bilik Bahasa Perancis. Semua dah roboh.
Gua dah lama tak balik Koleq,last pun masa nak ambik sijil SPM. Masa tu bangunan ni ada lagi,tak roboh. Gua tak tau la bila projek ni mula, tapi yang pastinya gua memang sedih. Yela, walaupun just bangunan saja, tapi ada nilai estetika yang tinggi dalam jiwa gua bai. Ceh macam mana gua boleh terfikir nak buat ayat ni pun tak tau. Yang penting, banyak nostalgia yang Dewan TAR ni beri dalam hidup gua......