Saturday, July 25, 2009

Dari Tapanuli Selatan ke Ayer Tawar







"Horas"..sebuah istilah dalam bahasa Mandailing yang membawa maksud "selamat". Sejak kecil aku telah diasuh oleh ayahku supaya sentiasa berbangga dengan adat-resam dan asal-usulku. Menurutnya,nenek moyang kami berasal dari Tapanuli Selatan,Sumatera Utara. Disebabkan Perang Paderi yang melanda tanah seberang pada waktu itu,telah berlakunya eksodus oleh beribu-ribu suku di kepulauan Sumatera ke semenanjung Tanah Melayu yang terdiri daripada suku Minang,Rawa dan suku keturunanku sendiri,Mandailing. Mereka telah memilih negeri Perak,Selangor dan Negeri Sembilan sebagai wilayah baru penempatan mereka. Suku Mandailing terdiri daripada beberapa "marga",iaitu puak yang berbeza-beza. Aku dari marga Harahap,manakala puak-puak lain adalah Nasution,Siregar,Batubara,Lubis,Hasibuan dan Pulungan. Wujud persoalan,adakah suku aku ini serumpun dengan suku Batak,etnik yang dikatakan mula-mula menerima agama Kristian mazhab Protestan dari penjajah Belanda. Namun begitu,persepsi ini ditentang sekeras-kerasnya oleh para cendekiawan sejarah kerana bagi mereka,perbezaan gaya hidup,agama dan bahasa yang amat ketara jelas membezakan Batak dan Mandailing. Setelah beratus tahun,kaum Mandailing telah menjadi salah satu suku Melayu yang berjaya mewarnai negara ini seiring dengan suku Melayu yang lain. Kebanyakkan generasi muda Mandailing dewasa ini seperti aku sudah tidak meletakkan nama keluarga di hujung nama masing0masing,mungkin kerana penggunaannya yang tidak lagi dianggap relevan sekarang. Ramai juga di antara kami yang tidak boleh bertutur lagi dalam bahasa nenek-moyang kami. Pun begitu,aku berbangga dengan asal-usulku,kerana hanya dengan ini aku tidak kan lupa diri.