Monday, December 21, 2009

bermulanya...sekali lagi..

Aku belum pun puas bercuti dekat rumah. Belum pun sempat nak menebalkan rambut atau menambahkan ukur lilit pinggang aku ni (yang sememangnya dah lebar),tiba-tiba dah nak mula semester kedua. Agak frust la pasal UiTM dengan UUM mula lambat lagi. Kami dekat UKM ni dah nak mula dah. Bertarikh 20 Disember 2009,aku pun bergerak la ke bumi Bangi yang tercinta untuk mendaftarkan diri. Bersyukur juga dapat bilik dan kolej yang sama,pasal aku dah biasa dengan Kolej Ibrahim Yaakub ni. Kedatangan semula aku ke sini diselubungi perasaan yang amat kecewa pasal aku PNGK aku untuk 1st semester amat-amatlah tidak memuaskan. Tak sampai 3.00 pun. Aku ingat 1st semester nak lah dapat Anugerah Dekan,tiba-tiba lain yang jadi. Subjek "Undang-Undang Perlembagaan & Pentadbiran" serta "Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia" terbukti menjadi duri dalam daging dalam keputusan peperiksaan aku. Rata-rata batch aku dapat bawah 3.00,semuanya pasal subjek Undang-Undang Perlembagaan.

Keesokan harinya,bertarikh 21 Disember(hari post ini ditulis),bermulalah pembelajaran kami yang pertama. Subjek MLS adalah santapan pembukaan bagi kami untuk hari ini. Pensyarah kami, Dr. Rooshida Merican pun memulakan bicara dengan mengatakan,keputusan batch kami keseluruhannya agak teruk. Pasal benda ini, aku memang tak nak salahkan siapa-siapa melainkan diri kami sendiri. Kami memang malas, selain itu, kami juga jarang berjumpa dengan para pensyarah. Benda ni senior sendiri tegur kami. Dulu masa semester pertama,habis saja syarahan, semua fikir nak balik. Sedikit sangat yang ada inisiatif untuk pergi ke bilik pensyarah untuk buat perbincangan pasal topik yang baru dipelajari. Mungkin daripada segi "effort",kami memang kurang.

Kesimpulannnya, walaupun baru hari pertama, aku rasa memang pedas sungguh kritikan yang aku dan rakan-rakan batch aku terima. Moga-moga untuk semester yang kedua ini, semua akan lipat-gandakan usaha. Semoga berjaya, Batch ke-25 Fakulti,Undang Undang, UKM!!!

Tuesday, December 8, 2009

Renovasi ku sangsi...











Hari ini bermulalah projek penambahbaikkan di rumah aku. Dengan kata mudahnya,rumah aku buat renovation. Dari pagi sampai petang penuh dengan pelbagai "muzik" yang sememangnya membingitkan telinga seperti bunyi tukul,drill,penebuk lubang dan pelbagai lagi bunyi yang lebih bingit jika nak dibandingkan dengan muzik Metal yang aku layan. Dapur rumah aku ni kecil saja,jadi pasal tu la mungkin mak & bapak aku nak besarkan sikit. Lagi satu,singki pun ada satu saja,jadi mak aku susak sikit nak buat kerja-kerja pembersihan pinggan & mangkuk ni. Dapur au ni baru separuh siap.simen pun belum kering sangat lagi. Kitchen kabinet pun akan dipasang dekat bahagian belakang ni. Jadi nampak moden sikit la. Rumah aku ni sebenarnya antara sebilangan kecil rumah dekat Kg. Raja Uda ni yang jarang direnovate, jadi ni benda yang agak asing la dalam rumah aku,bila dengan tiba-tibanya Mat-Mat Indon ni masuk rumah aku dan pecahkan macam-macam benda. Sekarang ini rumah aku agak bersepah , pinggan,mangkuk dan cawan semua terpaksa diletak dekat ruang tamu & depan TV, Nak buat macam mana,dapur tu dah macam padang jarak padan terkukur. Washing machine pun tak boleh guna sekarang pasal paip terpaksa dicabut. Habis saja dapur,bilik aku pula akan diubahsuai. Semoga lepas ni rumah aku ni jadi lebih lawa la hendaknya.

Thursday, December 3, 2009

2 pagi yang gelap..

Pagi-pagi selalunya aku akan pergi jogging. Bukan ape,boring gila duduk rumah je. Lagipun berat badan aku ni senang sangat naik. Jadi setiap kali datang cuti semester aku akan pergi jogging,sama ada dekat Pandamaran atau dekat Stadium Klang. Tapi dua hari ini aku tak dapat nak jalankan rutin harian aku ni pasal hujan lebat. Belum pun azan Subuh dah hujan,berhenti pula dah dekat pukul 11 pagi. Aku pun malas la nak pergi. Jadi,untuk mengisi masa lapang,aku pun layan la main PS. Habis saja main PS,mengadap laptop. Berhabuk gila blog aku ni,dah dekat 2 bulan tak buka. Tidak mengapa,selepas ini akan aku penuhi ruangan ini dengan lebih banyak post-post mengenai pelbagai topik. Mungkin ni la rahmat dari hujan pagi-pagi ni,kalau tak memang haram aku nak buka blog. Facebook,Myspace,Friendster & Twitter pun tak terjaga.