Aku menyimpang pula tiba-tiba,nama post baru aku ni "bulan kejayaan"boleh pula cerita pasal universiti. Berbalik pada akar utama post ini,aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab memeberikan aku sehela nafas lagi untuk terus meraikan hari yang mulia ini. Bercerita pasal kejayaan ini,aku nak cerita balik masa bulan Ramadhan dulu. 30 hari yang penuh dugaan,berjaya aku harungi dengan sabar. Alhamdulillah. Tahun ni aku berjaya mengekang sifat boros yang sering merantai hati dan otak aku setiap kali aku menjejakkan kaki di mana-mana bazar Ramadan. Aku dah tak beli makanan yang bermacam-macam lagi,cukuplah satu makanan utama denagn 1 makan suplemen.
Solat Tarawikh....aktiviti malam yang popular dalam bulan Ramadan. Aku agak terkilan pasal tak dapat buat solat ni dengan lebih kerap pasal sibuk dengan assignment,aktiviti kolej dan macam-macam lagi alasan yang hanya dalihan untuk tak pergi masjid. Mujurlah 10 malam terakhir aku dapt gak kerapkan gi asjid. Harap-harap salah satu malam ni biarla malam Lailatul Qadar,bukan senang nak dapat pahala berlipat kali ganda.
Pejam celik,Takbir di pagi 1 Syawal pun bergema. Aku berdoa pada Allah supaya tahun hadapan,berikanlah aku pelunag untuk bertemu Ramadan dan Syawal lagi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin