Sunday, June 6, 2010

in memories....


"Korang tau tak ni ape?" tanya seorang pelajar form 5 kepada sekumpulan pelajar form 1 yang belum sampai sebulan berada di situ. "Ni Dewan TAR,abang!" jawab pelajar2 form 1 itu dengan penuh rasa cuak dan gementar. "SALAH!! Ni lah NERAKA!!!" pelajar form 5 itu dengan penuh garang membetulkan jawapan junior-juniornya........


Itu la sedikit bingkisan, apa yang gua dengan batch 0307 yang gua sayang tempuhi masa mula masuk dewan ni. Nama dewan ni Dewan Tun Abdul Razak,panggil Dewan Tar saja la. Masa kitorang minggu orientasi dulu,sini la tempat kitorang banyak diberi briefing itu- ini pasal life kat koleq ni. Dah habis orientasi, bermulalah sesi-sesi cheering practice kejam yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 terhadap kami semua. Tiap2 minggu form1 sampai form 3 akan masuk dewan ni, berlatih lagu-lagu cheering. "Barisan", "Gung Ho", "Kenek-kenek Udang", sampai lah ke "Bung Wak", dekat sini la kami belajar semua lagu2 tu. Salah tepuk sikit,nyanyi tak betul,mula la kena maki hamun. Kadang2 ada yang kantoi tak hafal lirik,mula la kena panggil turun bawah. Adoi bapak kejam nye.
Naik form 3 pulak, cheering practice dah mula kurang. Dewan ni sekarang jadi tempat kelas tambahan pulak. Ye la kan,nama pun nak PMR. Paling selalu guna dewan ni, Panitia Bahasa Inggeris. Tiap2 hari khamis, kalau gua tak silap la. Kelas 3 Unggul dengan 3 Sejahtera. Kelas Teacher Linda. Rilek gila kelas ni, gua tak pernah rasa tension. Dekat hujung tahun form 3,pengetua tak bagi kitorang balik lagi,pasal nak buat aktiviti entah ape2 , dalam dewan ni la. Subjek2 menengah atas semua dia nak ajar awal2. Ha lepas habis saja last paper PMR, budak2 form 3 ,seperti kelazimannya setiap tahun akan meng"fly"kan diri diorang ke Astaka. Bacth gua pun tak terkecuali la daripada meneruskan tradisi ini. Tapi sedih la, pasal tak pecah rekod, 62 orang je yang fly malam tu. Dah la balik2 saja ,kantoi dengan rampa(dalam bahasa ibundanya,warden sekolah),kena sebat dengan Cikgu Yop sampai dua round, esok pagi tu boleh pulak Cikgu Yop malukan kitorang dalam Dewan TAR. "Aliff, are you also one of the culprits?" Cikgu Linda tanya gua dalam tu,pakai microphone. Malunya memang gua je la yang tau . Sepanjang dalam dewan ni time lepas PMR, gua langsung tak ambik tau ape yang cikgu dok cakap dekat depan. Gua sama ada tido atau vandal "alep_103 w.e" kat bawah meja.
Naik form 4, tak banyak sangat aktiviti dekat dalam dewan ni. Just kelas2 tambahan je. Itu pun kadang2. Naik form 5 , barulah bermulanya sesi-sesi kelas tambahan yang lebih kerap. Malam2 ada saja Panitia nak buat kelas kat situ. Paling gua tak boleh lupa, masa kelas tambahan Fizik. Cikgu Grace boleh masuk Dewan Carey, tunggu kitorang habis dinner. Bukan ape, nak pastikan semua form 5 terus masuk Dewan TAR lepas tu. Gua ade jugak beberapa kali ponteng,time pergi pun kadang2 gua boleh tetidur. Siap kantoi dengan Cikgu Grace lagi,dah malu sekali lagi.
Hari terakhir gua masuk sini, lepas habis paper Biologi Kertas 3. Last paper SPM 2007. Mood masa tu agak suram la dalam dewan ni,pasal ni la kali terakhir kami semua 1 bacth akan bersama. Memang pun,pasal lepas ni sorang2 akan bawak haluan masing2.



Dewan ni macam dewan kuliah.





Biasanya budak2 cemerlang PMR bergambar depan dewan ni. Ni gamba budak batch gua yang dapt 8A(including me,hehehehe)
Beberapa hari lepas, gua dapat tau yang Dewan TAR ni dah roboh. Pasal nak ganti dengan Dewan baru. Sedih bai, banyak gila kenangan dalam ni. Cheering practice, tido,vandal sana-sini, macam2 la. Bila tengok gambar2 kat bawah ni, gua macam nak menangis pun ada.







Bukan Dewan TAR saja,surau Prep School,makmal bahasa Jepun & Perancis pun dah roboh. Yang ni gua tak tau nak ganti dengan ape. Sini pun banyak kenangan. Malam2 masa form 1 dulu, budak2 bahasa Jepun makan Ord dalam ni. Sensei yang bawak. Thanx la sensei. Time kelas dia pulak,kalau dia tak datang, kami dok layan tengok TV dekat dalam tu. Gua,Wanli,Im, Bendoo, Adib & Megat selalu duduk meja belakang. Ye la, budak Jepun yang tak berapa nak pandai. Dah la selalu datang lewat.



Dari kiri, surau Prep School,Makmal Bahasa, & Bilik Bahasa Perancis. Semua dah roboh.
Gua dah lama tak balik Koleq,last pun masa nak ambik sijil SPM. Masa tu bangunan ni ada lagi,tak roboh. Gua tak tau la bila projek ni mula, tapi yang pastinya gua memang sedih. Yela, walaupun just bangunan saja, tapi ada nilai estetika yang tinggi dalam jiwa gua bai. Ceh macam mana gua boleh terfikir nak buat ayat ni pun tak tau. Yang penting, banyak nostalgia yang Dewan TAR ni beri dalam hidup gua......




No comments: