Sebagai permulaan,undang-undang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis bahagian, bergantung kepada topik dan definisi yang diinginkan seseorang. Melalui apa yang ingin saya rungkaikan, saya lebih berminat untuk membahagikan undang-undang mengikut kesalahan serta kesannya. Maka ingin saya bahagikan undang-undang itu kepada :
1. Undang- undang sivil
2. Undang- undang jenayah
Undang-undang sivil adalah tertumpu kepada hubungan sesama insan. Antara cabang undang-undang ini ialah seperti kontrak, tort, serta keluarga. Sebarang tuntutan bagi kesalahan yang berkaitan dengan ini adalah menjadi kebiasaannya untuk dibawa oleh pihak yang mengalami kerugian (injured party) dan tuntutan selalunya adalah dalam bentuk pampasan. Berbeza dengan undang-undang jenayah, ia adalah lebih tertumpu kepada kesalahan terhadap awam. Bagi kesalahan seperti ini, kes akan dibawa oleh seorang Timbalan Pendakwa Raya dan hukuman adalah menjerumus kepada "menyeksa" pelaku kesalahan tersebut.
Di Malaysia, kesalahan jenayah adalah dikawal oleh Kanun Keseksaan. Bagi tujuan topik kertas projek saya, saya mahu mengkhususkan kepada beberapa peruntukan yang berkaitan dengan kesalahan seksual. Melalui pengamatan terhadap Kanun Keseksaan, kesalahan seperti ini telah dibahagikan seperti berikut :
1. Kesalahan mencabul kehormatan (Seksyen 354)
2. Kesalahan rogol (Seksyen 375)
3. Kesalahan sumbang mahram (Seksyen 376)
4. Kesalahan luar tabii (Seksyen 377)
Bagi setiap kesalahan seperti yang dirujuk, beban pembuktian adalah sama seperti mana kesalahan jenayah lain, di mana pihak pembelaan haruslah berjaya dalam menimbulkan satu "keraguan yang munasabah" atau dalam bahasa Inggerisnya, a reasonable doubt supaya pihak tertuduh dapat dilepaskan daripada sebarang liabiliti. Antara persoalan yang timbul ialah sejauh mana peruntukkan-peruntukkan berkaitan telah berjaya dalam mengekang penularan jenayah seksual di Malaysia? Selain itu, perlukah ada satu cara alternatif lain dalam membantu sebarang lacuna dalam Kanun Keseksaan? Berdasarkan kes-kes yang telah dilaporkan, adakah perlu bagi sebarang penambahbaikkan bagi mengawal kesalahan seksual daripada berleluasa?
BERSAMBUNG.......
Thursday, August 18, 2011
Tuesday, August 16, 2011
salahkah kalau saya layan satu lagu D'Masiv malam ni?
Malam ni malam pertama gua dekat klang sepanjang bulan Ramadan untuk tahun ni. Letih gila bai drive dari Perak sampai Selangor. Letih punya pasal,gua terus bantai tertidur sampai saja kat rumah ..maklum la kan, muka kacak bergaya macam gua ni kena banyak kan beauty-sleep baru la senantiasa berwajah menawan gitewww. Oleh itu malam ni gua dah tak berapa nak mengantuk. Sambil dok berangan atas katil, gua teringat masa bujang-bujang dulu, masa mula-mula sampai dekat UKM. Gua pun tak tau macam mana gua boleh single masa tu padahal muka gua memang semua dah sedia maklum la kan handsome tahap dewa. Pada sebuah hari Sabtu yang hening, gua bersama 4 orang sahabat rapat sejak zaman Asasi dekat UiTM lagi iaitu Khairunnazrin Mohd Noor, Afiq Ammar Tulos, Rifhan Khan dan Zahidi Afiq telah ke Metro Kajang bagi sebuah sesi karaoke. Bila tiba saja turn si Khairunnazrin ni nak nyanyi, dia telah memilih sebuah lagu bertajuk MERINDUKANMU dari kumpulan D'MASIV. Band ni dah lama terkenal masa tu, tapi gua tau satu lagu je,CINTA INI MEMBUNUHKU. Tapi kali ni gua dah tau satu lagu baru, gara-gara member gua yang sorang ni la.
Gua ni tak la layan sangat jiwang-jiwang ni, lagi2 dari seberang. Tapi satu lagu ni antara yang boleh kena jugak la dengan gua. Lirik pun best, tak ada la puitis sangat. Banyak straight-forward style puya lirik..nak buat jamming pun senang. Rasa-rasa kalau perform lagu ni masa dinner Fakulti tahun depan macam best jugak. Serius gua sarankan siapa2 yang tengah syok ber-couple tu layan la lagu ni. Lagi-lagi yang sang teruna, bila lu punya awek dok merajuk ke, tak pun jauh di mata, apa yang lu kena buat senang je bai. Kasi lu punya awek tu kat gua kan senang?? OK2 gua saja nak gurau. Kalau rindu kat sang dara, nyanyi la lagu ni dekat dia melalui telefon bimbit lu bai. Gerenti dia cakap lu ni balak paling romantik. Nah gua kasi lu dengar sikit.
Nak lirik pun gua boleh bagi la bai. NAH AMEK!!
Saat aku menangisi kesedihanku
Pasal gua jiwang sangat ni?? adoi malu la pulak
Gua ni tak la layan sangat jiwang-jiwang ni, lagi2 dari seberang. Tapi satu lagu ni antara yang boleh kena jugak la dengan gua. Lirik pun best, tak ada la puitis sangat. Banyak straight-forward style puya lirik..nak buat jamming pun senang. Rasa-rasa kalau perform lagu ni masa dinner Fakulti tahun depan macam best jugak. Serius gua sarankan siapa2 yang tengah syok ber-couple tu layan la lagu ni. Lagi-lagi yang sang teruna, bila lu punya awek dok merajuk ke, tak pun jauh di mata, apa yang lu kena buat senang je bai. Kasi lu punya awek tu kat gua kan senang?? OK2 gua saja nak gurau. Kalau rindu kat sang dara, nyanyi la lagu ni dekat dia melalui telefon bimbit lu bai. Gerenti dia cakap lu ni balak paling romantik. Nah gua kasi lu dengar sikit.
Nak lirik pun gua boleh bagi la bai. NAH AMEK!!
Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang
Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu
Saat aku mencoba merubah sgalanya
Saat aku meratapi kekalahanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang
Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu
Dengarkan aku ku merindukanmu
Pasal gua jiwang sangat ni?? adoi malu la pulak
Monday, August 15, 2011
fuhhhh
Dah dekat setengah bulan puasa. Gua sekarang puasa dekat Perak, dekat kampung bos merangkap abah gua. Sini internet boleh tahan jugak slow, baru hari ni dapat bukak blog. Esok nak balik Klang, ada urusan sikit nak setel dekat sana. Maca mana la agaknya Klang sekarang? Dah ada menara setinggi KLCC kah yang telah dibina oleh kerajaan tempatang bawah pimpinan parti Pakatan Rakyat? OK2 gua tak campur politik sini. Esok sampai rumah, gua nak kasi update kaw2. keh3
Subscribe to:
Posts (Atom)