Thursday, August 18, 2011

Kertas Projek : Tahap Satu

Sebagai permulaan,undang-undang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis bahagian, bergantung kepada topik dan definisi yang diinginkan seseorang. Melalui apa yang ingin saya rungkaikan, saya lebih berminat untuk membahagikan undang-undang mengikut kesalahan serta kesannya. Maka ingin saya bahagikan undang-undang itu kepada :

1. Undang- undang sivil
2. Undang- undang jenayah

Undang-undang sivil adalah tertumpu kepada hubungan sesama insan. Antara cabang undang-undang ini ialah seperti kontrak, tort, serta keluarga. Sebarang tuntutan bagi kesalahan yang berkaitan dengan ini adalah menjadi kebiasaannya untuk dibawa oleh pihak yang mengalami kerugian (injured party) dan tuntutan selalunya adalah dalam bentuk pampasan. Berbeza dengan undang-undang jenayah, ia adalah lebih tertumpu kepada kesalahan terhadap awam. Bagi kesalahan seperti ini, kes akan dibawa oleh seorang Timbalan Pendakwa Raya dan hukuman adalah menjerumus kepada "menyeksa" pelaku kesalahan tersebut.

Di Malaysia, kesalahan jenayah adalah dikawal oleh Kanun Keseksaan. Bagi tujuan topik kertas projek saya, saya mahu mengkhususkan kepada beberapa peruntukan yang berkaitan dengan kesalahan seksual. Melalui pengamatan terhadap Kanun Keseksaan, kesalahan seperti ini telah dibahagikan seperti berikut :

1. Kesalahan mencabul kehormatan (Seksyen 354)
2. Kesalahan rogol (Seksyen 375)
3. Kesalahan sumbang mahram (Seksyen 376)
4. Kesalahan luar tabii (Seksyen 377)

Bagi setiap kesalahan seperti yang dirujuk, beban pembuktian adalah sama seperti  mana kesalahan jenayah lain, di mana pihak pembelaan haruslah berjaya dalam menimbulkan satu "keraguan yang munasabah" atau dalam bahasa Inggerisnya, a reasonable doubt supaya pihak tertuduh dapat dilepaskan daripada sebarang liabiliti. Antara persoalan yang timbul ialah sejauh mana peruntukkan-peruntukkan berkaitan telah berjaya dalam mengekang penularan jenayah seksual di Malaysia? Selain itu, perlukah ada satu cara alternatif lain dalam membantu sebarang lacuna dalam Kanun Keseksaan? Berdasarkan kes-kes yang telah dilaporkan, adakah perlu bagi sebarang penambahbaikkan bagi mengawal kesalahan seksual  daripada berleluasa?


BERSAMBUNG.......

No comments: