Tuesday, August 16, 2011

salahkah kalau saya layan satu lagu D'Masiv malam ni?

Malam ni malam pertama gua dekat klang sepanjang bulan Ramadan untuk tahun ni. Letih gila bai drive dari Perak sampai Selangor. Letih punya pasal,gua terus bantai tertidur sampai saja kat rumah ..maklum la kan, muka kacak bergaya macam gua ni kena banyak kan beauty-sleep baru la senantiasa berwajah menawan gitewww. Oleh itu malam ni gua dah tak berapa nak mengantuk. Sambil dok berangan atas katil, gua teringat masa bujang-bujang dulu, masa mula-mula sampai dekat UKM. Gua pun tak tau macam mana gua boleh single masa tu padahal muka gua memang semua dah sedia maklum la kan handsome tahap dewa. Pada sebuah hari Sabtu yang hening, gua bersama 4 orang sahabat rapat sejak zaman Asasi dekat UiTM lagi iaitu Khairunnazrin Mohd Noor, Afiq Ammar Tulos, Rifhan Khan dan Zahidi Afiq telah ke Metro Kajang bagi sebuah sesi karaoke. Bila tiba saja turn si Khairunnazrin ni nak nyanyi, dia telah memilih sebuah lagu bertajuk MERINDUKANMU dari kumpulan D'MASIV. Band ni dah lama terkenal masa tu, tapi gua tau satu lagu je,CINTA INI MEMBUNUHKU. Tapi kali ni gua dah tau satu lagu baru, gara-gara member gua yang sorang ni la.


Gua ni tak la layan sangat jiwang-jiwang ni, lagi2 dari seberang. Tapi satu lagu ni antara yang boleh kena jugak la dengan gua. Lirik pun best, tak ada la puitis sangat. Banyak straight-forward style puya lirik..nak buat jamming pun senang. Rasa-rasa kalau perform lagu ni masa dinner Fakulti tahun depan macam best jugak. Serius gua sarankan siapa2 yang  tengah syok ber-couple tu layan la lagu ni. Lagi-lagi yang sang teruna, bila lu punya awek dok merajuk ke, tak pun jauh di mata, apa yang lu kena buat senang je bai. Kasi lu punya awek tu kat gua kan senang?? OK2 gua saja nak gurau. Kalau rindu kat sang dara, nyanyi la lagu ni dekat dia melalui telefon bimbit lu bai. Gerenti dia cakap lu ni balak paling romantik. Nah gua kasi lu dengar sikit.




Nak lirik pun gua boleh bagi la bai. NAH AMEK!!


Saat aku tertawa di atas semua

                                                         Saat aku menangisi kesedihanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah sgalanya
Saat aku meratapi kekalahanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu

Dengarkan aku ku merindukanmu

Pasal gua jiwang sangat ni?? adoi malu la pulak



No comments: