Monday, December 21, 2009

bermulanya...sekali lagi..

Aku belum pun puas bercuti dekat rumah. Belum pun sempat nak menebalkan rambut atau menambahkan ukur lilit pinggang aku ni (yang sememangnya dah lebar),tiba-tiba dah nak mula semester kedua. Agak frust la pasal UiTM dengan UUM mula lambat lagi. Kami dekat UKM ni dah nak mula dah. Bertarikh 20 Disember 2009,aku pun bergerak la ke bumi Bangi yang tercinta untuk mendaftarkan diri. Bersyukur juga dapat bilik dan kolej yang sama,pasal aku dah biasa dengan Kolej Ibrahim Yaakub ni. Kedatangan semula aku ke sini diselubungi perasaan yang amat kecewa pasal aku PNGK aku untuk 1st semester amat-amatlah tidak memuaskan. Tak sampai 3.00 pun. Aku ingat 1st semester nak lah dapat Anugerah Dekan,tiba-tiba lain yang jadi. Subjek "Undang-Undang Perlembagaan & Pentadbiran" serta "Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia" terbukti menjadi duri dalam daging dalam keputusan peperiksaan aku. Rata-rata batch aku dapat bawah 3.00,semuanya pasal subjek Undang-Undang Perlembagaan.

Keesokan harinya,bertarikh 21 Disember(hari post ini ditulis),bermulalah pembelajaran kami yang pertama. Subjek MLS adalah santapan pembukaan bagi kami untuk hari ini. Pensyarah kami, Dr. Rooshida Merican pun memulakan bicara dengan mengatakan,keputusan batch kami keseluruhannya agak teruk. Pasal benda ini, aku memang tak nak salahkan siapa-siapa melainkan diri kami sendiri. Kami memang malas, selain itu, kami juga jarang berjumpa dengan para pensyarah. Benda ni senior sendiri tegur kami. Dulu masa semester pertama,habis saja syarahan, semua fikir nak balik. Sedikit sangat yang ada inisiatif untuk pergi ke bilik pensyarah untuk buat perbincangan pasal topik yang baru dipelajari. Mungkin daripada segi "effort",kami memang kurang.

Kesimpulannnya, walaupun baru hari pertama, aku rasa memang pedas sungguh kritikan yang aku dan rakan-rakan batch aku terima. Moga-moga untuk semester yang kedua ini, semua akan lipat-gandakan usaha. Semoga berjaya, Batch ke-25 Fakulti,Undang Undang, UKM!!!

3 comments:

wacana kurit said...

xpe,strive harder 4 da 2nd sem

Asyraf Spark said...

http://spark-asyraf.blogspot.com/
mew link

Lucy S. said...

hahaha, pointer ak teruk jgk weh, and im not proud of it T____________T