Saturday, March 27, 2010

gua & dia....

Gua tak tau la..semenjak dua menjak ni gua rasa life gua lain sangat. Mungkin pasal dah masuk 2nd semester jadi gua rasa kerja makin melambak. Kelas pun dah makin banyak, tambah lagi dengan kelas Arab. Tapi semester ni gua rasa tenang sikit pasal gua dah tak payah nak bangun awal-awal cam dulu untuk pergi bus stop. Pasal nya gua sekarang dah ada kereta!!! HAHAHAHA!! Tak nak bersusah payah pula gua merayu kat bapak gua supaya dapat bawak kereta tu. Last-last dia bagi gak,kesian punya pasal. Minggu depan gua dengar cerita koleq(sekolah gua) ade OBW (old boys weekend da~~),minggu di mana sekolah gua akan dipenuhi pelbagai bentuk kekufuran dan kemaksiatan(ni gua tak cong eh). Gadut,idham,rozuan semua ajak gua balik kuale,tengok sekolah lama. Teringat zaman-zaman indah dimana gua tak perlu fikir pasal apa-apa melainkan enjoy dan habiskan duit mak bapak. Lepas tu plan nak buat reunion Never-Ending Story,ni Nad la yang nak sangat. Nak kasi gegar sikit Studio Zai Am tu!!!! Apa lagi,bak datang "We're Coming Back" la...Gua pun dah lama tak jamming,rindu saat-saat manis dengan korang..terjerit2,terlompat2 dalam studio yang dipenuhi kepulan asap rokok ,macam orang gila,sampaikan makcik Zai Am tu tegur suruh tenang sikit,takut studio runtuh!! Gua minta maaf sangat kat korang pasal sejak kita grad dari koleq, gua jarang hang out dengan korang lagi. Last sekali pun dekat Planet Hollywood ( yang kini sudah pun roboh menyembah bumi).Gua janji bai,lepas ni bila gua ada masa free gua turun Shah Alam or KL,or even better,kita lepak KK terus,kita hangout macam dulu-dulu. Gua tak tau la boleh datang ke tak OBW ,pasal sekarang ni gua sibuk dengan macam-macam kerja kat UKM ni. Assignment, final exam, ko-k teater dan akhir sekali..."dia"...

Ya..dia. Seorang yang telah datang dalam hidup gua. Ni la tujuan utama post gua ni dibuat, kalau kome semua nak tau le. Aku rasa lain sangat bila dia ni datang dalam hidup gua. Misalannya,gua rasa macam dah tak boleh lepak dengan sesiapa sesuka hati gua lagi, pasal kena fikir pasal dia. Nak pergi mana-mana,kena tanya dia dulu,pasal gua rasa gua kena jaga hati dia,takut dia risau or jelez. HAHAHAHA!! Adoi,gua pun tak tau la,kadang-kadang rasa best,kadang-kadang frust pun ada. Tapi overall,gua rasa enjoy pasal sekarang ni gua dah ada 1 komitmen baru. Gua dah tak boleh fikir pasal diri sendiri lagi,gua dah tak boleh anggap "lu punya hal,lu nye pasal la". Semenjak dia ni datang, gua dah tak boleh hidup macam dulu,di mana ayat-ayat macam "MAMPOS LA", "GI MATI LA" & "PEDULI APA AKU" sering menjadi syahadah yang gua lafazkan sepanjang hari. Ye la,masa tu gua ada kawan-kawan yang macam sial je,mak & abah pula selalu pressure gua tiap-tiap hari,sampaikan tiga ayat ni pernah sekali gua cakap depan muka diorang!! Masa tu mungkin pasal gua tiada seorang "teman istimewa" yang boleh gua share segala masalah or rahsia. Tapi gua tetap berterima kasih kepada batch gua,the Class of 2007 coz being there with me through thick and thin. You guys are really my blood brothers!!! OK berbalik kepada cerita gua, (menyimpang la plak), gua sekarang kena belajar untuk sayang seseorang yang lain. Gua nyesal gak pasal gua selalu tiada masa untuk dia,gua sibuk je. Hopefully dia faham keadaan gua sekarang. Lagi satu, gua tak pernah bagi nasihat-nasihat panjang lebar pada seseorang sehinggakan dia hadir dalam hidup gua. Tiap-tiap hari gua dok meleter dengan dia,tak tau la kenapa. Harap2 dia faham gak,gua nasihat semua benda tu bukan pasal ape,tapi pasal terlebih sayang agaknya . Anyway, I'm really sorry for being such a nuisance...

In a nutshell, gua sekarang tengah nak organize balik hidup gua yang tengah tengah tak berapa nak kemas ni. Kepada dia,gua harap jangan la anggap diri ini sebagai terlalu menyibuk atau cerewet,pasal gua dah pernah lalui apa yang dia sedang lalui sekarang. Gua nak yang terbaik...both from you and me.

Before I end my speech, gua nak dedicate kan 1 lagu buat si dia. Nama lagu ni "Warmness of the soul" by Avenged Sevenfold. Band ni biasa nya main lagu2 yang agak keras (heavy metal,metalcore etc) ,pasal tu la gua layan band ni. Tapi depa ada gak main lagu2 yang ballad,ni antara lagu tu la. Kepada si dia,enjoy the lyrics,kalau nak dengar lagu ni search la kat youtube ye...i miss u~~~(jiwang pulak la)

Avenged Sevenfold - Warmness of The Soul
Your hazel-green tint eyes watching every move I make.
And that feeling of doubt, it's erased.
I'll never feel alone again with you by my side.
You're the one, and in you I confide more.
And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your love's always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.
And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your love's always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you

Friday, March 19, 2010

aliff yang keletihan..

minggu-minggu yang aku lalui sekarang ni memang sibuk...sekarang ni tgh minggu Problem-based learning (PBL). Boleh kata tiap2 minggu grup aku akan buat discussion. Nasib baik la budak grup aku ni semua baik2,banyak tolong aku serba-serbi. Belah malam pula, aku sibuk dengan latihan teater. Tiap-tiap malam pula tu kat DECTAR, sampaikan aku pun naik muak pergi situ. Nak buat macam mana,dah aku yang pilih ko-k ni. Ikut je la. Malam semalam ada dinner fakulti aku. Finally, ada juga satu malam yang aku boleh rehat sambil makan-makan. Aku tak tau jalan nak pergi situ mula-mula, nasib baik Emong tau jalan. Tiada la jauh mana Cyberjaya ni,dalam 30 minit saja. Sampai situ dapat la kami dihidangkan dengan beberapa persembahan. Tapi yang paling best sekali persembahan saudara Najmuddin Hakim @ Nash la,siapa2 yang tengok tau la apa yang aku maksudkan. Jangan marah ye Nash!! Lepas tu ada persembahan band. Ramai yang jadi macam orang gila,paling ketara Naemah, Sham dengan Ofee. Tapi bagi aku persembahan paling menarik ialah tarian dari Yasmin, Ein, Ain dengan Echah. They totally lift the roof of that night!!! HAHAHA!! Apa-apa pun , aku ucapkan tahniah kepada Hasanuddin dan rakan2 batch ke-24 FUU yang dah banyak menghabiskan masa dan tenaga dalam menjayakan makan malam ni. Next year is our batch's turn to handle it, dan kami akan pastikan yang diner ni akan jadi lebih mantap.

Friday, March 12, 2010

comparing....

Dah dekat 2 sem aku kat sini. Tapi apa yang aku dapat? NOTHING!!!!! That's it!!!! Aku ni malas belajar, malas pergi library, malas ulang kaji ,malas itu, malas ini...Aku ingat masa sekolah dulu, dekat blok form 4 ada satu bilik kosong sebelah kelas 4 Sains 5. Kalau budak-budak nak ponteng kelas je lepak kat situ,dah la ada kerusi, meja, kipas pun ada!! Lepak je tidur kat situ. Dengan aku sekali kadang-kadang join. Masa tu lain la,Honeymoon Year. Masa form 5 cover la balik. Tapi situasi sekarang lain. Aku dah jadi budak universiti, bukan budak sekolah lagi. Dulu masa sekolah ada cikgu & warden yang akan jaga aku, akan rotan aku kalau buat salah, akan kejar aku kalau tak pergi surau. Sekarang ni mana ada. Aku nak bangun pukul berapa pun, nak buat apa pun, mampus la, tak akan ada yang ambil tahu. Alhamdulillah, dari segi perangai dan sahsiah, aku rasa aku tak la teruk mana. Mungkin sebab aku dah puas buat perangai (dan kantoi banyak kali) kat sekolah dulu, aku tak la "culture shock" sangat. Mungkin juga pasal aku dan batch aku dulu memang selalu kena seksa baik dengan senior atau cikgu, buatkan aku tak la gayat sangat nak buat perangai kat menara gading ni. Thanks to batch 9903 for giving my batch and I a hellacious life back at Koleq!!!!!! HAHAHAHA!!

Tapi aku menyesal. Kenapa study aku masih macam ni? Kalau dulu masa sekolah alasan aku tak boleh study pasal masa prep tak cukup,kena kacau senior dan lain2, tapi kenapa sekarang masih tak boleh study? Aku ada hak nak stay up sampai pukul berapa pun, tiada orang boleh kacau. Tapi masih malas nak study. Bila tutorial je, aku antara yang paling senyap,pasal aku tak sedia. Aku bengang dengan keadaan ni!!! Bengang yang amat sangat!!! @#$%$^&^%!!!!!!!

Jika dibandingkan balik Muhammad Aliff yang dulu dengan sekarang, rasanya tiada la beza mana. Still the lonely soldier of fortune you guys knew back then, and maybe even now. Mungkin aku kena praktikkan satu benda yang pernah aku buat dulu masa form 5 ; kalau kau tak nak belajar, kau bukan lagi kawan aku.

Prinsip ni aku terpaksa ikut pasal masa tu ramai kawan2 aku yang dah mula tunjukkan minat untuk tak mahu belajar. Aku memang konflik gila, sampaikan batch aku pun aku tengok dah mula berpecah & aku tak tahu nak sebelahi siapa. Lastly, I thought that selfishness is the absolute answer, and I'm lucky because it is worth it.

Apa-apa pun, aku berharap yang hidup aku di sini akan jadi lebih baik. Aku akan jadi lebih rajin, aku dah tak mahu duduk diam saja masa tutor, aku nak menonjol!!

Aku sekarang tengah layan 1 lagu, & aku rasa lagu macam ni serba sedikit telah membuka mata aku...


As I Lay Dying - Through Struggle
only through struggle have i found rest
with a piece of me taken away
i begin to understand
hollow out this machine like chest
with its gears that turn to make me feel
and assembled thoughts that fade away
only through struggle have i found rest
only through struggle have i found rest
remove from me
this deception that i called love
that i called love
with its gears that turn to make me feel
and assembled thoughts that fade away
remove from methis deception that i called love
that i called loveonly through struggle have i found rest
with a piece of me taken away
i begin to understandi begin to understand
i begin to understand