Friday, March 19, 2010

aliff yang keletihan..

minggu-minggu yang aku lalui sekarang ni memang sibuk...sekarang ni tgh minggu Problem-based learning (PBL). Boleh kata tiap2 minggu grup aku akan buat discussion. Nasib baik la budak grup aku ni semua baik2,banyak tolong aku serba-serbi. Belah malam pula, aku sibuk dengan latihan teater. Tiap-tiap malam pula tu kat DECTAR, sampaikan aku pun naik muak pergi situ. Nak buat macam mana,dah aku yang pilih ko-k ni. Ikut je la. Malam semalam ada dinner fakulti aku. Finally, ada juga satu malam yang aku boleh rehat sambil makan-makan. Aku tak tau jalan nak pergi situ mula-mula, nasib baik Emong tau jalan. Tiada la jauh mana Cyberjaya ni,dalam 30 minit saja. Sampai situ dapat la kami dihidangkan dengan beberapa persembahan. Tapi yang paling best sekali persembahan saudara Najmuddin Hakim @ Nash la,siapa2 yang tengok tau la apa yang aku maksudkan. Jangan marah ye Nash!! Lepas tu ada persembahan band. Ramai yang jadi macam orang gila,paling ketara Naemah, Sham dengan Ofee. Tapi bagi aku persembahan paling menarik ialah tarian dari Yasmin, Ein, Ain dengan Echah. They totally lift the roof of that night!!! HAHAHA!! Apa-apa pun , aku ucapkan tahniah kepada Hasanuddin dan rakan2 batch ke-24 FUU yang dah banyak menghabiskan masa dan tenaga dalam menjayakan makan malam ni. Next year is our batch's turn to handle it, dan kami akan pastikan yang diner ni akan jadi lebih mantap.

5 comments:

Alynn Notnot said...

wehhhh jangan lupa 'date' kita :D

n @ s said...

thank jgk sbb sudi hdir dinner fac ;)

nn said...

mengumpat aku kat blog.

nn said...

p/s: pastikan food sedap ok! tu yang paling penting.

horas-harahap said...

mana ada mengumpat..sape yg mengumpat tu??