Saturday, March 27, 2010

gua & dia....

Gua tak tau la..semenjak dua menjak ni gua rasa life gua lain sangat. Mungkin pasal dah masuk 2nd semester jadi gua rasa kerja makin melambak. Kelas pun dah makin banyak, tambah lagi dengan kelas Arab. Tapi semester ni gua rasa tenang sikit pasal gua dah tak payah nak bangun awal-awal cam dulu untuk pergi bus stop. Pasal nya gua sekarang dah ada kereta!!! HAHAHAHA!! Tak nak bersusah payah pula gua merayu kat bapak gua supaya dapat bawak kereta tu. Last-last dia bagi gak,kesian punya pasal. Minggu depan gua dengar cerita koleq(sekolah gua) ade OBW (old boys weekend da~~),minggu di mana sekolah gua akan dipenuhi pelbagai bentuk kekufuran dan kemaksiatan(ni gua tak cong eh). Gadut,idham,rozuan semua ajak gua balik kuale,tengok sekolah lama. Teringat zaman-zaman indah dimana gua tak perlu fikir pasal apa-apa melainkan enjoy dan habiskan duit mak bapak. Lepas tu plan nak buat reunion Never-Ending Story,ni Nad la yang nak sangat. Nak kasi gegar sikit Studio Zai Am tu!!!! Apa lagi,bak datang "We're Coming Back" la...Gua pun dah lama tak jamming,rindu saat-saat manis dengan korang..terjerit2,terlompat2 dalam studio yang dipenuhi kepulan asap rokok ,macam orang gila,sampaikan makcik Zai Am tu tegur suruh tenang sikit,takut studio runtuh!! Gua minta maaf sangat kat korang pasal sejak kita grad dari koleq, gua jarang hang out dengan korang lagi. Last sekali pun dekat Planet Hollywood ( yang kini sudah pun roboh menyembah bumi).Gua janji bai,lepas ni bila gua ada masa free gua turun Shah Alam or KL,or even better,kita lepak KK terus,kita hangout macam dulu-dulu. Gua tak tau la boleh datang ke tak OBW ,pasal sekarang ni gua sibuk dengan macam-macam kerja kat UKM ni. Assignment, final exam, ko-k teater dan akhir sekali..."dia"...

Ya..dia. Seorang yang telah datang dalam hidup gua. Ni la tujuan utama post gua ni dibuat, kalau kome semua nak tau le. Aku rasa lain sangat bila dia ni datang dalam hidup gua. Misalannya,gua rasa macam dah tak boleh lepak dengan sesiapa sesuka hati gua lagi, pasal kena fikir pasal dia. Nak pergi mana-mana,kena tanya dia dulu,pasal gua rasa gua kena jaga hati dia,takut dia risau or jelez. HAHAHAHA!! Adoi,gua pun tak tau la,kadang-kadang rasa best,kadang-kadang frust pun ada. Tapi overall,gua rasa enjoy pasal sekarang ni gua dah ada 1 komitmen baru. Gua dah tak boleh fikir pasal diri sendiri lagi,gua dah tak boleh anggap "lu punya hal,lu nye pasal la". Semenjak dia ni datang, gua dah tak boleh hidup macam dulu,di mana ayat-ayat macam "MAMPOS LA", "GI MATI LA" & "PEDULI APA AKU" sering menjadi syahadah yang gua lafazkan sepanjang hari. Ye la,masa tu gua ada kawan-kawan yang macam sial je,mak & abah pula selalu pressure gua tiap-tiap hari,sampaikan tiga ayat ni pernah sekali gua cakap depan muka diorang!! Masa tu mungkin pasal gua tiada seorang "teman istimewa" yang boleh gua share segala masalah or rahsia. Tapi gua tetap berterima kasih kepada batch gua,the Class of 2007 coz being there with me through thick and thin. You guys are really my blood brothers!!! OK berbalik kepada cerita gua, (menyimpang la plak), gua sekarang kena belajar untuk sayang seseorang yang lain. Gua nyesal gak pasal gua selalu tiada masa untuk dia,gua sibuk je. Hopefully dia faham keadaan gua sekarang. Lagi satu, gua tak pernah bagi nasihat-nasihat panjang lebar pada seseorang sehinggakan dia hadir dalam hidup gua. Tiap-tiap hari gua dok meleter dengan dia,tak tau la kenapa. Harap2 dia faham gak,gua nasihat semua benda tu bukan pasal ape,tapi pasal terlebih sayang agaknya . Anyway, I'm really sorry for being such a nuisance...

In a nutshell, gua sekarang tengah nak organize balik hidup gua yang tengah tengah tak berapa nak kemas ni. Kepada dia,gua harap jangan la anggap diri ini sebagai terlalu menyibuk atau cerewet,pasal gua dah pernah lalui apa yang dia sedang lalui sekarang. Gua nak yang terbaik...both from you and me.

Before I end my speech, gua nak dedicate kan 1 lagu buat si dia. Nama lagu ni "Warmness of the soul" by Avenged Sevenfold. Band ni biasa nya main lagu2 yang agak keras (heavy metal,metalcore etc) ,pasal tu la gua layan band ni. Tapi depa ada gak main lagu2 yang ballad,ni antara lagu tu la. Kepada si dia,enjoy the lyrics,kalau nak dengar lagu ni search la kat youtube ye...i miss u~~~(jiwang pulak la)

Avenged Sevenfold - Warmness of The Soul
Your hazel-green tint eyes watching every move I make.
And that feeling of doubt, it's erased.
I'll never feel alone again with you by my side.
You're the one, and in you I confide more.
And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your love's always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.
And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your love's always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you

3 comments:

Qaseh Adriana :) said...

sweet r lu ngn de.
hope hepy2& bhagia^_^

Unknown said...

thanks for........stating my name in this post..

Lucy S. said...

pasni gua gi teater jalan kaki ye.gua hormat lu dgn dia.