Tuesday, July 6, 2010

5 waktu...

Gua bangun agak awal la pagi tadi. Dalam pukul 2.50 pagi,nak tengok Netherlands vs Uruguay. Ingat nak tengok dekat luar, namun ketiadaan Mitsubhi Evo Lancer gua telah membantutkan hasrat itu. Mula2 memang mengantuk tahap gaban la, namun selepas jaringan mantap Geovanni van Bronchorst( sori la,gua tak ingat camne nak eja nama dia), gua terus semangat nak tengok. Netherland menang 3-2. HAHAHAH,gua benci Uruguay,dah la menang quarter hari tu pun nasib.

Habis match,gua sambung bisnes tido gua. Dalam pukul 7, gua bangun nak solat Subuh. Nasib baik la Puan Arbaeyah bt. Haji Ramli a.k.a ibu kesayangan gua kejut dengan penuh kasih sayang. Dia ni nak pergi market dengan abah tadi, nak tambah bekalan tempoyak dekat rumah ni. Lepas solat je,gua sambung tido. Ha ni tabiat buruk namanya,lepas solat Subuh la terbukanya pintu rezeki. Kalau lu tido balik,serupa la macam tolak rezeki. So jadikan habit gua ni sebagai sempadan ye. Don't try it at home,ok??

Maka balik la mak gua ke rumah. Gua pun secara automatiknye bangun nak breakfast. Time makan2,kitorang borak pasal satu benda yang sangat basic dalam kehidupan kita,khususnya orang Islam ni. Tak lain tak bukan, solat 5 waktu. Mak gua cakap, masa dia kecik dulu, arwah nenek cukup jaga perkara ni. Senja je,terus mak dengan adik-beradik lain kena panggil masuk rumah. Sebelum dia meninggal, dia pesan dekat mak suruh jaga solat cucu-cucu dia. Mak gua masa kerja dulu, bangun pagi dalam pukul 5. Buatkan breakfast,basuh baju, dan terpenting sekali,kejutkan dua putera dia ni bangun solat subuh. Masa tu gua dengan adik sekolah rendah lagi. Kecik2,mesti la merungut. Merengek2,maki2 mak gua pasal kejut awal sangat. Tapi dia sabar je. Masa gua darjah 4, gua kantoi tak solat Maghrib pasal dok tengok T.V lama sangat. Bapak gua keluar bilik,bawak cota dia, terus balun peha gua. Time tu gua memang panas la dengan dia. Ye la, sebelum ni kalau tak solat dia dok rilek je. Tiba2 hari tu boleh pulak gua kena tiba.



Time solat pun boleh dengar lagu..hish...

Lepas kejadian tu, terus gua tak berani tinggal dah. Gua time tu memang hipokrit gila, solat macam tak nak solat je. Lebih kurang macam dekat bawah ni la,tak khusyuk..

Time tengah borak2 dengan mak gua ni, gua teringat satu kejadian masa gua Form 2. Hari tu hari Ahad,kitorang baru balik Prep Pagi. Of course la sekor2 letih. Dipendekkan cerita,azan Zuhur berkumandang. Gua pun terbangun,terus pergi surau. Dalam surau tu,gua nampak dua orang prefect asrama kami tengah dok study dalam. Gua mula2 buat tenang saja la,habis solat,gua sambung buat taik mata balik. Lepas saja solat Asar petang tu, prefect tadi bunyikan loceng,panggil kami form 2 semua berkumpul. Dia keluarkan 1 list nama,panggil sorang2. Nama gua ada. Gua dah cuak bai,adoi ape la agaknye salah gua ni? Rupa-rupanya nama2 yang dia sebut ni ialah nama2 yang pergi surau Solat Zuhur tadi. Diorang saja je lepak study kat belakang, nak cek siapa yang tak solat. Yang kantoi, dia suruh pumping berapa kali entah. Yang solat pun , kena juga,kena "Half-way Down". Pasal ape,pasal tak ajak member2 ni solat sekali.

New Hostel, asrama pelajar Tingkatan Dua
Sekarang ni gua dah pun habis sekolah. Tapi Alhamdulillah, gua still ingat pesan mak abah gua,solat jangan tinggal. Baru gua tau,bapak gua balun dulu, pasal masa tu gua dah 10 tahun. Rasulullah pesan, kalau dah 10 tahun tak solat jugak,mak bapak boleh pukul anak tu. Pukul mendidik la,bukan pukul lepas geram. Pernah sekali gua balik kampung, bapak gua sindir gua depan kawan2 & saudara mara dia. Dia cakap, gua ni dah la belajar tak tinggi, pergi oversea pun tak pernah, tapi susah sangat nak jaga solat. Dia cakap,dia ramai saja kawan2 yang kelulusan ACCA dari England, MBBS dari Ireland,tapi balik2 Malaysia ni still boleh jaga solat.
Gua masa tu memang agak terasa hati la. Tapi sekarang gau tau,betul jugak cakap dia. Gua tengok generasi zaman sekarang ni,belajar tak la tinggi. Bergaya mengalahkan Mat Salleh,(padahal speaking pun tak reti). Tapi bila tanya kenapa tak solat,macam2 alasan diorang bagi. Tak biasa la,susah la. Sumpah gua nak tergelak. Gua ingat diorang ni mungkin lahir dekat bandar2 macam Edinburgh,New York,Boston,London,Dublin,Los Angeles or etc .Ye la kan,biasanya orang2 yang lahir dekat oversea ni saja yang diketahui susah nak solat. Rupa2 nya,lahir dekat hulu2 gak. Ada hati nak cakap susah nak solat. Adoyai.....
Gua akui,gua bukan la baik sangat. Lagu yang gua layan pun bukan la lagu2 Raihan ke, Hijjaz ke, Saujana ke. Gua suka lagu2 yang pelik. Tapi kalau gua yang layan lagu2 macam ni pun,still ringan kaki nak pergi surau,lu olang yang layan lagu2 indie lembik,chord gitar sama je dari mula,jiwang tahap leleh, tak kan la susah sangat nak solat.
Mak gua pesan tadi, kalau dia dengan abah dah tak ada, make sure 5 waktu tu still jaga. InsyaAllah, diri tu akan terpelihara. Bila dah dapat anak nanti, ajar dia solat sejak umur 7 tahun. Tak kisah la nakal @ jahat macam mana pun budak tu, selagi dia jaga solat, dia akan dihormati. Terima kasih,mak & abah.....luv u guys more than anyone else.....
Akhir kata, baik la lu orang solat, sebelum orang kasi solat sama lu...

No comments: