Friday, July 16, 2010

kepulangan

Semuanya bermula secara tak sengaja. Gua saja pergi Subang Jaya,nak lepak dengan Anas & Hafiz. Time tengah makan-makan dekat Subang Parade, tiba-tiba timbul idea nak balik Kuale, tempah kami menelaah ilmu selama separuh dekad. Nak ambil sijil SPM dengan 1119. Masa tu dah ramai member2 yang dah start belajar balik,specially budak UiTM. Jadi tak ramai la yang dapat pergi Pada hari Khamis berikutnya, gua, Anas, Hafiz & Jekbe memulakan perjalanan dari Subang Jaya ke Kuala Kangsar dengan menaiki Naza milik Anas. Lebih kurang 3 jam, maka nampak la petanda yang kami dah nak sampai.


Simpang ke Kuala Kangsar.


Masuk2 je bandar ni, gua terkejut jugak. Dah maju,bangunan2 baru pun dah banyak . Yang paling gua tak tahan, Kuale udoh ade Pizza Hut yob!!! Ate idok le teman tau bile dibuatnye, tau2 udoh terponggo depan mata. Seronok betul budak2 sini sekarang,tak ada la nak makan2 dekat KFC je. Dah ade alternatif lain.

Tanpa menoleh ke belakang,kami berempat pun melangkah masuk ke alma mater lama kami. Sampai2 je Foyer, sekali lagi gua terkejut. Ada satu menatang ape entah dok melekat kat atas dinding tu.


Ni la menatang tu. Kan ke lagi baik deme letak dekat Common Room,boleh le budak2 tengok world cup in HD.

1st stop in Koleq,pejabat. Nama pun nak ambil sijil. Lepas tu ke bilik guru. Ramai jugak cikgu2 lama masih ada dekat sini macam Cikgu Faridah, Cikgu Azian, Cikgu Rosnani & Ustaz Khainuri. Sebelum kami blah, kami sempat jugak bergamba dekat sini


4 musketeers in front of Big School


New Hostel, asrama Form 2
Kami pergi pekena Laksa dengan Cendol dekat Lembah kejap. Lepas tu , kami pun bertolak balik. Nak makan dekat Murni,dengar cite Chicken Chop dia best.
1 hari saja..tak lama pun. Apa yang gua dapat tengok,specially generasi baru budak Koleq ni, manners sangat kurang. Mencarut tak tentu pasal, dengan kami pun tak hormat,macam ni ke budak Koleq@ MCKK yang patu dibanggakan? "Ghope ini budak MC??",cakap orang Kuale. Maybe pasal dimanjakan sangat,tak pernah kena yang macam gua dengan member2 kena dulu, so diorang naik kepala. Sumpah, gua rasa kemanisan hidup dekat sini dah tak ada. Semuanya Academic atau Exam-Oriented. Belajar, belajar & belajar. Budak-budak jadi tak ade life. Gua bukan nak cakap yang Ord, Fly, Kirik, dan perkara2 sewaktu dengannya tu baik dan patut dijadikan amalan seharian. Tapi come on, think outside the box. Contohnya, Sampai sekarang gua rasa Koleq la satu-satunya SBP yang ada Prep Pagi masa hari Ahad. Last2,bukannya result PMR dengan SPM makin baik,makin merudum ade la gua tengok. Jangan la tekan budak2 sangat. Life kat sini bukan untuk study saja, life dekat sini untuk persediaan pada masa depan sebenarnya.
Pernah tak lu orang rasa, macam mana best nye balik kampung? Walaupun dekat kampung maybe tak se-happening seperti berada di bandar,tapi rasa seronok. Itu la yang gua rasa bila balik ke Bandar Di-Raja ni. Masa gua form 1, gua frust pasal terpaksa berpisah dengan rakan karib gua seperti Playstation, Astro dan tak dilupakan bilik kelamin gua,semata-mata untuk ke bandar yang hanya ada The Store(sebelum ni Fajar) sebagai supermarket utama dekat sini. Memang pekan koboi. Tapi makin lama,bersama-sama dengan Legends 0307 membuatkan gua sayang tempat ni. Dari umur 13 tahun, gua berjauhan dengan ibu ayah,gua belajar basuh baju dengan berus sabut, gua belajar kemas katil pagi-pagi,gua belajar gilap kasut bagi berkilat, tapi yang paling penting, gua belajar erti kehidupan & persaudaraan. Gua tak pernah rasa sunyi, pasal gua ada rakan-rakan yang selalu sokong gua dari belakang,dari bawah dan tepi pun ada jugak. Frankly speaking,memang rasa sekejap. Tapi gua puas dapat balik. Bak kata Jekbe "gua tertinggal barang kat Kuala Kangsar, hati dan speret gua..keh3..thnx dow..kejap pun tapi bapak puas.." Sama la Jekbe, Gua pun tertinggal hati dan speret gua jugak. InsyaAllah,lepas ni,kami semua datang balik....



Selamat tinggal Kuala Kangsar. Moga kita ketemu lagi.........



No comments: