Monday, September 13, 2010

1 Syawal

Pada detik jari gua menulis karangan merepek ini, bulan Syawal sudah pun menjengah hari yang keempat. Bersyukur ke hadrat Illahi, bulan Ramadhan yang penuh barakah telah gua lalui. Dengan jaya atau tak,itu berserah pada-Nya. Gua pun tak tau la,sama ada bulan Ramadhan yang baru lepas ni telah gua penuhi dengan aktivti yang baik atau tak. Harap2,semua amalan gua dari sekecik biji kurma yang gua selalu main campak kat adik gua, hinggalah sebesar kapal kargo yang selalu berlabuh kat Pelabuhan Klang ni diterima Allah.  Perjalanan gua pulang ke kampung halaman di Batu 17, Ayer Tawar, Perak bermula pada hari terakhir puasa, di mana roket yang dipandu bapak gua akan berlepas dengan kelajuan 170km/J. Setelah melakukan pendaratan dengan aman di kawasan dituju, kami pun berehat. Kampung gua ni aneh sikit. Walaupun dalam negeri Perak,rata-rata orang dekat sini cakap bahasa Mandailing,jarang cakap Perak. Nasib gua faham dua2. Malam sebelum raya gua pergi jalan2 dekat Lumut. Gua agak terkejut beruk bila tengok Lumut sekarang dah ada Bazaar Rakyat. OK la,kira Datuk Seri Dr Zambry ni ada la jugak bagi sesuatu kat penduduk dekat sini. Lepas tu,"si dia" call gua. 1st time beraya dengan orang baru,orang baru yang sayangkan gua. Adoi sangap sungguh gua ni. Sayang dia sangat2!!

Pada pagi 1 Syawal,kami sekeluarga bergerak ke masjid untuk Solat Aidilftri.

Masjid tempat gua Solat raya setiap tahun.



Masjid ni semakin lama semakin maju. Dah ada air-cond,tu yang penting. Habis saja solat ialah masa paling mantap bagi gua. Masa ni la nak berpeluk,bersalam dengan semua saudara mara gua. Gua rasa bangga bila tengok rata-rata orang kampung gua yang turun masa solat raya ni,semuanya berjaya dalam bidang masing-masing. Antaranya, Datuk Zulhasnan Najib Baharudin, yang kini menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Bukit Aman. Jawatan ni tinggi bai,betul2 bawah Timbalan Ketua Polis Negara. Tak gua lupakan Datuk Abdul Rahim Uda, kini Hakim Mahkamah Tinggi Terengganu. Dulu masa dia Penasihat Undang-Undang Negeri Perak,gua pernah ziarah dia dengan abah. Mungkin beliau la sebab gua mula-mula terfikir nak belajar undang-undang dulu. Rasa bangga jugak la,hampir tiap2 raya dapat jabat tangan dengan mereka. Tapi gua sampai sekarang masih tak puas hati,pasal Tan Sri Alimuddin Mohd Dom,Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kini,dah lama tak balik kampung. Beliau pernah jadi pengetua sekolah gua selama 5 tahun,1999-2003. Gua ingat lagi,masa gua mula2 masuk sekolah menengah dulu,bapak gua yang cakap, Pengetua sekolah kau ni orang kampung kita. Beliau cukup mesra. Sampai ke tahap dia selesa budak-budak panggil dia "Ayahanda". Beliau ni sangat la disukai semua warga sekolah gua. Lemah-lembut,mesra tapi tegas. Batch gua, MC0307 banyak terhutang budi dengan beliau. Terima kasih Ayahanda. Harap kami dapat bertenu Ayahanda.
Melihat mereka ni, gua rasa bangga. Sekurang-kurangnya masa balik raya ni,dapat la gua sikit motivasi nak berjaya. Agak segan la bila diorang tanya; "Are you reading law?" "How's your result?". Adoi memang malu la nak cakap. Tapi tak apa, gua akan try dapat keputusan yang lebih mantap semester ni. InsyaAllah.

Gua punya Pak Long



Bersama Khair Azim,budak sekolah merangkap orang kampung gua



Habis saja solat,gua bergerak ke kubur. Ziarah kubur arwah atuk


Jangan usha gua,usha venue tempat gua bergambar.

Ni dekat rumah mak ngah. Bapak gua lepas geram.
ni dekat Istana Raja Bilah, Papan.

Abang Eja, Abah, Aban Cik


Kami sempat ziarah tanah abah kejap. Mungkin pasal belum musim,jadi tak ada buah. Bapak gua rancang nak balik sini lepas bersara.

Pendek kata,sepanjang hari pertama Raya ni tak banyak yang gua buat. Nama pun hari 1st. Lepas ni mungkin gua nak ziarah rumah2 kawan gua,specially yang dah nak pulang belajar ke seberang laut. InsyaAllah,gua datang raya rumah lu.

Kepada abah,mak,adik, "dia" yang gua sayang, rakan-rakan, dan seluruh umat Islam,gua nak ucap..

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

2 comments:

sofian said...

selamat hari raya lep!!!
xpe2, sme2 la kte usaha utk kptsn yg lebih cemerlang.
slmt bjaya bro! :)

bass said...

hahaha, sedap2 je gua google nama gua
keluar lak blog ko
hahahah