Akhirnya dapat juga gua post sesuatu kat blog ni. Semenjak-2 menjak ni gua agak sibuk dengan macam-macam kerja. Yang paling berat sekali,of course la Legal Theatre batch gua. Bayangkan benda ni punya la penting (pasal 30 markah), tapi kami baru nak prepare betul-betul bila tinggal berapa minggu je lagi. Namun begitu, gua cukup bangga pasal bila tiba hari kejadian, it was a great success!!!! HAHAHAHA!!! Tahniah kepada class rep kami , Azriff Firdaus yang berjaya mengepalai kami semua,batch ke-25 FUU untuk handle teater ni. Sumpah gua rasa puas hati + lega tahap dewa sekarang bai, pasal beban dah banyak hilang. Tapi sekarang beban baru akan menyusul,tak lain tak bukan ialah final exam!! Adoi dari sekolah sampai sekarang gua cukup anti dengan exam2 ni. Kalau time form 4 dulu,gua memang tak ambil kisah langsung pasal exam,ye la, nama pun "Honeymoon Year". Sampaikan time dah nak dekat exam diagnostik SBP pun gua boleh buat bodoh je. Last2, gua dapat 4A,1C,4E...HAHAHA. Macam @#$%!!!. Masa form 3 lagi mantap,bapak gua pernah kena panggil pasal result trial PMR gua memang hardcore nye teruk. Masa tu,parents yang kena pnggil ialah parents gua, Jaie & Jibong. Kelas gua time tu memang kelas paling sial dalam semua kelas form 3,sampaikan jadi kelas jagaan Penolong Kanan HEM lagi. Memang sial la masa tu,depan2 cikgu gua boleh kena basuh kaw2 nye dengan bapak gua. Siap dah nak naik pelempang lagi. Tapi masa tu lain cerita beb, masa tu gua budak hingusan lagi. Sekarang ni gua dah jadi mahasiswa bai. Mana boleh dok ambil ringan je benda macam ni. Enjoy2 juga,exam kena pulun. Kena fikir,mak bapak susah payah hantar gua sini,gua leh main2 lak. Dulu gua ingat, gua balik lambat satu malam ni,dok lepak dengan member2 kat mana entah. Masa tu gua baru lepas SPM,bajet nak memberontak la konon. Bapak gua panggil gua , mula2 gua bajet dia nak sound @ marah @ pelempang gua mcam yang dia yang dia buat selalu before ni. Tapi malam tu lain sikit,dia panggil gua baik2 , then tanya 2 soalan je, which is ;
1. Kau sedar tak kau anak nombor berapa?
2. Kau tau tak umur abah dah berapa?
Gua bila dok fikir2 balik pasal soalan ni, gua sedar yang gua dah tak boleh dok enjoy macam selalu lagi. Gua anak sulung beb, umur bapak gua pun dah lanjut. Dah la gua masih dalam tanggungan dia lagi. Sejak hari tu,gua mula jarang buat benda-benda pelik lagi. Masuk UITM time asasi je,gua nekad nak serius dalam study. Enjoy2 pun,gua dah mula berpada-pada. Masuk UKM pulak buat degree,gua dah nekad nak lagi baik dari asasi dulu. 1st sem dulu, result kami 1 batch tak berapa nak baik. Bagi gua,let bygones be bygones. Tak payah nak dok fikir pasal benda lepas. Gua yakin, sem ni batck gua akan dapat result yang lebih mantap dari sem lepas. InsyaAllah.
Hidup gua sekarang dah mula nak tenang. Member2 pun dah kurang bagi pressure. Banyak pergaduhan antara diorang dah setel. Gua pun dah senang hati nak balik rumah sekarang,leh lepak dengan diorang sama2 tanpa rasa tension. Si dia pun dah banyak senangkan hati gua. Tiap2 saat gua teringat muka dia,gua mesti sengih sorang2,macam sakai la pulak. Thanks sayang, I really appreciate it. Kalau boleh, teruskan lah happy kan hati alep lagi. Ada sikit je lagi perkara perlu diubah. I miss u........
Hari isnin ni paper bahasa Arab, nampaknya sepanjang dua hari ni memang gua tak boleh cakap bahasa lain la..hmmmm.. exam oh exam.....
No comments:
Post a Comment