Kini hanya tinngal lagi satu subjek yang perlu gua hadapi!! Tak lain tak bukan,Undang-Undang Kontrak 2!!!!! Subjek ini diajar oleh dua orang lecturer yang gua rasa sangat terbaik iaitu Prof. Madya Dr Sakina dan Dr. Suzanna Isa. Paper2 yang lain telah gua lalui dengan jayanya(cewwaah!!!,padahal cam kantoi pun ade). Kini hanya tinggal 1 lagi rintangan, yang akan aku tempuhi dengan jayanya juga..heheheehhe~~~. Sepanjang minggu exam ni,gua boleh kata bnyak juga keluar berjalan. Kalah masa sebelum exam. Minggu lepas,gua pergi lepak dekat UNITEN dengan Zafran. Mula2 ingat nak jumpa makcik saja,last2 boleh pulak lepak sana sambil makan2. Mantap juga makan dekat situ,ikan bakar dia macam best. Malam tu dia boleh ajak gua pergi KLCC pulak,nasib baik gua malam tu dah janji dengan "si dia",sorry la bro,tak dapat join. Next time kita gerak sana ok!! Beberapa hari selepas itu,gua baru bajet nak berhibernasi sepuas-puasnya satu malam ni selepas pulang dari makan. Baru berapa jam mata ini terlelap, gua dapat call dari Afiq Nazrin bin Zaharinan a.k.a Singh , ajak gua keluar gi tengok Liverpool vs West Ham,dekat tempat keramat para student UKM, Restoran Al-Fariz Maju Seksyen 15. Memang senang je gua nak cakap "malas la nak gi" , tapi disebabkan ajakan dia telah menaikkan mood gua untuk keluar,so gua pun tak menolak. HAHAHAHAHA!! Gua bajet nak tengok Liverpool kalah,last2 boleh lak diorang menang. Adoi melepas habuan gua. Gua betting dengan Singh kalau Liverpool kalah,gua dapat sebatang,last2 tak dapat. Malam tu juga gua mendapat tau 1 fakta,iaitu brother yang jual sisha dekat Fariz Maju tu adalah senior gua @ budak koleq!!! HAHA..Singh cakap mamat ni rajin turun training ragbi kat UKM,dia budak MFI. Patut muka cam selalu nampak je dulu time kat koleq. Ini je kerja ko sekarang?? Soalan itu terdetik di hati gua. Kerja sambilan je kot,mungkin. Gua rasa dia ni la senior yang pernah suruh gua ambilkan dobi dia ,lepas tu campak kat tingkap West Wing. Cis kalau betul memang gua dah bantai dia time tu gak!! HAHA,rilekgua tak suka pukul budak. By the way, gua dah lama tak layan benda2 yang melibatkan kemasukkan bahan toksik ke dalam paru-paru. Last gua layan,beberapa bulan sebelum asasi. Tu pun pow member gua nye yang tak habis. Tengok2 sisha ni,ingat nak layan gak. Tapi gua dah ada stand sekarang,gua dah bersih. sXe forever!!!!
Ha terlupa lak. Two nights before that, ada satu konsert kat Stadium UKM. Gua baru balik makan dengan dia,tiba2 Idham call gua,ajak gua gi sana. Kawan lama punya pasal,jumpa la kejap. Malam tu Shawal AF5 dengan Faizal Tahir, yes, Faizal Tahir datang buat show. Yang paling suka,mestilah si dia, Suka sangat Faizal Tahir. Ikut suka dia la...hmm..thanks Idham for coming to UKM that night. Seriously gua rindu sama lu,rindu kan semua benda sial yang pernah kita buat dulu. Datang la lepak sini lagi..I LOVE U BRO!! The next night,gua pergi beronggeng dengan si dia kat Alamanda. Hari tu gua rasa adalah saat paling lama gua lepak dekat sana. Lepas Maghrib,terus pergi sana,beli tiket,pergi makan,karaoke & last but not least,movie time! Ceritanya ialah "Clash of the Titans". Boleh tahan la,jalan cerita agak boring,special effect je la mantap. Tapi paling best time karaoke la, di mana bakat-bakat vokalis aku yang telah lama tak digilap sejak di Studio Zai Am telah kembali bersinar. HAHA,suara dia memang tak payah cakap,memang sedap la( sedap la sangat~~). Jangan marah ye sayang??.:)
Beberapa hari selepas itu,Eddi Rockensteiner a.k.a Mawardi pula telah merancang untuk pergi ke Segi Empat Masa @ Time Square. Hari sebelum tu baru saja habis paper ape entah. So bajet nak enjoy jap la.Sampai sana,teus pekena KFC(satu tindakkan yang akan gua sesali beberapa minit selepas ini). Lepas tu masuk Cosmoworld. Mula-mula gua orait,tiba2 masuk yang 2nd nye gua dah rasa lain macam. Turun2 je,gua dah mula rasa nak melayang. Terus gua tak jadi nak main benda lain. @$%##$ betul!! Melayang RM32 cam tu saja. Lepas tu gua tertarik kat satu stall ni. Gua pun beli la satu hadiah nak bagi kat si dia. Dia sakit kaki masa ni,terjatuh kat tannga blok dia. Sekali takpe lagi bai,ni sampai 2 kali!! Kelakar sungguh. So gua belikan la dia hadiah ni,hopefully dia suka... Zafran time tu boleh pulak call gua,minta temankan dia pergi mana entah. Siap nak ambil gua kat Time Square lagi masa tu. Sori la bro,tak dapat la nak join..huhuhu
Malam seterusnya!!!! Pertembungan dua gergasi besar bola sepak Eropah, iaitu, Inter Milan vs Barcelona. Lepas je lepak dekat bili Awie, terus gerak pergi Fariz. Dalam pukul 2 @ 3. Malam tu memang penuh. Idham pun ada lepak dekat situ,jumpa lagi adik aku yang seorang ni. Malam tu gua betting dengan Singh,kalau Maicon skor,gua dapat sebatang. Mula2 Inter nampak macam nak kalah,tapi jaringan Wesley Sneijder,Milito dan last but not least (drum roll please...)MAICON telah memastikan the Nerazurri menewaskan Catalan 3-1!! HAHAHA. Singh,bak sini!!!! AKHIRNYA TERLUNAS GAK HUTANG KAU!! Balik dalam pukul 5. Esok nye,exam TITAS,baru study sikit. Nasib baik start pukul 12,sempat study lagi. Habis je exam,gua bawak dia makan. Lepas tu,gua terus balik rumah,pasal dah janji dengan parents gua nak balik miggu ni. Adoi,terpaksa berpisah dengan dia kejap..
Tuntasnya, gua sekarang tengah berehat dekat rumah bagi menenangkan fikiran. Sedar tak sedar,semua aktiviti di atas adalah dilakukan sepanjang minggu exam. Gua cukup bengang pasal baru tau yang Bulat,Afiq, Amy n the gang plan nak gi mandi sungai Sabtu ni. Gua dah sampai rumah baru tau. Kalau tak,boleh je gua kawtim denagn parents gua,tak payah balik minggu ni. Gua sekarang rasa letih sangat,semalam member ajak gi tengok Bayern vs Lyon pun gua tak larat nak pergi. Seriously,dah lama gua tak tidur awal. Pasal tu bila balik rumah saja,gua nak layan katil puas2. Gua rasa,sepanjang dekat rumah ni,memang gua ta ke mana. Jap lagi je keluar,tu pun nak pergi Puncak,ambil adik gua. Mak gua pun tengah banyak kerja kat rumah,tak kan nak biarkan dia sorang2. Abah pula kerja,kadang2 malam pun kena panggil,pelabuhan asyik tak menentu,ade saja kapal yang kena tahan. So,bapak aku kena pergi. Alep janji,minggu ni alep tak kan merayau tak tentu pasal,alep nak temankan mak n abah.
Pada si dia,sori sangat2 pasal tak dapat bawak pergi mandi sungai minggu. Gua tau,dia agak marah sekarang. Hopefully dia maafkan. I miss u,I really do....
Sebagai penutup bicara, gua nak wish kat semua warga Tahun 1 FUU UKM,selamat menjalani peperiksaan Undang-Undang Kontrak 2. Semoga berjaya dapat A!!!! YEEEHHHHAAAAAAA!!!
No comments:
Post a Comment