OK ni satu kejadian yang memang telah menginsafkan aku buat selama-lamanya. Semalam ialah hari Jumaat, hari di mana para Muslimin akan pergi menunaikan Solat Jumaat. Aku, sebagai seorang jejaka Muslim yang kacak dan taat pada perintah agama, beserta adik aku yang tak kurang kacak dan alimnya juga, pun bergeraklah ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Setibanya kami di sana,kami ingat nak rilek la kejap dalam kereta. Sambil2 mendengar Fly.FM dan meng-usha awek2 budak sekolah yg lalu lintas katdepan mata kami,fuuhhh memang syok tak terkata. Kami ingat nak tunggu Khutbah habis dulu,baru masuk masjid. Punya la lama dok lepak dalam kereta,usha sana-sini,mengutuk sana-sini,kami perasan yang orang makin ramai keluar masjid. Aku pun merasa jengkel ,apakah angkara mereka semua meninggalkan masjid? Rupa-rupanya baru aku sedar,Solat Jumaat dah habis!!!!! Aku dan adik aku gelak tak nak kaw2 pulak dalam kereta time tu. Nasib baik tak kantoi dengan jemaah lain.
Kami pun bergerak pulang ke rumah dengan perasaan penuh kelakar+hampa+sayu+hampeh!!!
So,tuntasnya,bila dah sampai masjid time nak solat Jumaat,terus la masuk. Tak payah la nak sebat rokok sebatang dulu ke,borak2 dulu ke,usha sana-sini dulu ke, masuk je terus. Niat Iktikaf,solat Tahiyyat Masjid then duduk dengar Khutbah. Free2 dah dapat pahala. Tak kisah la Khutbah tu topik bosan ke ape,kan ke tu pengganti 2 Rakaat bagi solat Zuhur yg sebenar.
Kesimpulannya , jangan ponteng Khutbah...sekian,Wasalam...
3 comments:
haha. lawaklah alif;P
moral of the story: tk kire bosan ke tak khutbah tu, tp still kna dgr.
siapa sngka jumaat next week kita dh tkde pluang nk g smyg jumaat slamanya^^
ish3.
haha..lawak betul..api itu kira ok lagi la..apa ko rasa kalau kau g solat jumaat tapi ari tu bukan ari jumaat..
Post a Comment