Exam dah pun habis. Hari Selasa lepas dah habis sebenarnya. Tapi gua malas nak balik awal-awal,ingat nak dok sini jap,lepak dengan member2 & of course, si dia. Mak dengan abah dekat rumah memang dah agak,gua tak kan terus balik,pasal memang tabiat gua dari dulu sampai sekarang,lepas habis exam saja, RONGGENG TIME!! Dulu gua nye tahap ronggeng agak teruk la,sampai tak balik rumah pun ada. Sekarang ni gua ok sikit la,merayau2 pun,tak la balik rumah lambat sangat. Bapak gua bagi ni pun bukan pasal apa,pasal dia tau yang gua still kat UKM,kalau bukan,jangan harap. Thanks Abah,pasal bagi stay sini jap,weekend ni aliff janji,aliff pulang kan kereta. HEHEHEHEHEHE!!! Sepanjang lepas exam ni, 1st tempat yang gua pergi ialah Sungai Gabai,Ulu Langat. Tempat air terjun yang sangat best. Gua pergi dengan Rifhan,Farid,Eddie,Hafiz,Daus,Kok Lanas,Awie & Azriff. Sumpah seronok tahap gaban!!!!! Sampaikan gua rasa nak demam je main kat situ.
Keesokkan harinya,its time to lepak with her. Gua bawak si dia pergi Zoo Negara,dia yang nak sangat pergi situ. Ok la , gua pun dah lama tak pergi sana. Tengok dia seronok jalan ke hulu kehilir kat zoo tu macam budak2,seronok sangat. Malam tu,gua bawak dia pergi I-City, Shah Alam pulak. Kali ni, kami tak sendirina pasal Daniel n AnNur ada sekali. 2 kapel sekali pergi sana. Sini pun best gak, lagi2 dia punya pokok yang warna-warni tu. Sepanjang hari ni gua memang letih,tapi gua tak kisah, as long as she is smiling..heheh~~
Esoknya pulak,gua bawak dia pergi tengok midnite. Ceritnya , Ip Man. Sekali lagi,satu aktiviti yang sangat best pasal cerita dia memag syok. Pasal seorang tok guru Kung-Fu ni. Kalau nak tau cerita dia selanjutnya macam mana, datanglah ke mana-mana cawangan Grand Brilliance Cinema atau Tanjung Golden Village yang terdekat, beli tiket dan tontonlah sendiri. Ni blog , bukan ruangan sinopsis movie.
Pejam-celik,pejam-celik, esok gua dah nak chow. Happy tu memang la happy,pasal nak balik rumah,jumpa parents dan member2 lama. Tapi serius gua cakap,gua rasa sedih jugak la. Pasal nak berpisah dengan member2 kat sini,yang selalu teman gua study,yang selalu teman gua lepak Fariz malam2,yang selalu teman gua main PES. Dan semestinya,sedih pasal akan berpisah dengan dia , orang yang telah datang dalam hidup gua,dan buat gua tersenyum. Sayang,I promise, I will never forget you this whole holiday. 2-3 bulan saja berpisah,tapi gua akan rasa rindu gila kat korang. Rajin-rajin la YM,chat kat FB , or SMS gua,gua layan nye,dont worry. Hari isnin akan datang ni Syaqif ajak gua pergi Port Dickson, tapi gua rasa cam tak larat la,letih sangat dah. Sori la Syaqif,next time kita pergi ye!!
Gua letih gila sekarang ni,asyik tidur lambat je malam. Esok gua nak balik. Mak,abah,aliff nak balik esok,tak payah nak dok risau lagi. Bapak gua memang dah bajet gua tak kan dok diam sejak bawak kereta ni,pasal memang perangai gua sejak lepas SPM macam ni. Ye la abah,lusa aliff pulangkan kereta ye.
By the way, gua dah jadi 2nd year student bai!!!!! HAHAHA..next year ada junior!! Biar la ramai yang cun..hehehe( sayang,gurau2 je,hehehe). Hopefully result gua sem ni lagi baik dari yang sebelumnya,insyaAllah.
1 comment:
selamt bercuti shisha..=)
Post a Comment