Daripada gua tingkatan 1 lagi,sampai la gua dah jadi budak universiti. Gua tak habis-habis akan nampak akan kewujudan satu jenis semangat ni. Gua tak faham, apa yang nak dibanggakan sangat dengan semangat ni? Lu olang tau tak, negara kita ni dah la kecik, lu olang mau kasi lagi kecik ke? Jalan sana-sini,semua nak dengan orang negeri sama saja. Bapak tak ada life nye. Gua tak tuju negeri bai,tapi lebih pada individu-individu yang terlebih semangat dengan negeri sendiri ni. Dah duduk dekat negeri orang tu, tak payah la nak buat klik-klik ni. Gua menyampah la bai. Orang negara luar punya la bersatu. Indonesia siap dah tetapkan hanya ada satu bangsa saja dekat negara tu (bangsa Indonesia), negara kita ni saja yang masih biarkan semangat ni wujud lagi.
Bagi gua la,semangat kenegerian ni sebenarnya tak ada nilai, tak ada "soul". Kata kan la lu lahir kat satu negeri ni,tapi mak bapak lu datang daripada negeri lain. Jadi celah mana nak dapat nilai semangat kenegerian ni? Semangat ni cuma ada pada loghat saja. Benda ni lain dengan semangat kesukuan @ kepuakkan. Sebagai contoh, semangat Iban, Kadazan, Bidayuh, Jawa, Minang, Banjar & Mandailing. Bahasa yang diorang guna,bukan nye loghat, tapi memang bahasa yang lain. Semangat suku @ puak ni,lu kena campak pergi negeri mana-mana pun, masih lagi ada "roh" nye tu. Bagi gua,ni lagi ade signifikan, kalau betul-betul nak ada sangat semangat-semangat macam ni la.
Bukan ape, gua dulu pun semangat negeri jugak. Tapi makin lama, otak gua yang kecik ni dah mula terbuka sikit. Tak payah la nak ada semangat macam ni,lagi memecah-belahkan negara kita ni saja. Setakat semangat negeri masa tengok bola,lain cerita la. Kalau dah melibatkan benda-benda lain,gua rasa tak ada makna nya. Pusing mana-mana pun,we're still made in Malaysia...
Sekian gua merapu..
No comments:
Post a Comment