Saturday, October 2, 2010

resolusi oktober

Pejam celik,pejam celik.......dah masuk bulan ke-10 dalam kalendar Masihi. Ya murid-murid sekalian, kita dah masuk bulan Oktober. Apakah yang telah anda dapat sepanjang tahun ini? Telahkah anda menjadi seorang insan yang lebih berinovasi serta berketrampilan? Jika ditanya kepada sang penulis karya merepek "dungeon of doom" ini,sudah semestinya jawapan yang akan terpacul daripda mulutnya yang comel dan berkerak ini......TIDAK.  Dah 2 semester gua buat jahanam kepada diri gua sendiri. Gua dah tak sanggup bai hidup macam ini. Dah ramai kawan-kawan gua yang dulu hampeh daripada gua sekarang dah makin mantap. Apa cer dengan gua? Makin teruk,merudum,merapu dan yang sedaerah dengannya. Poket gua pun dah makin cepat kering,study pun macam dulu,tak menentuBoros sangat ke gua semester ni?. Padahal masa mula-mula sampai sini dulu OK je semua. Start semester 2 ni la hidup gua jadi macam haram. Ke-HARAM-man ni berkesinambungan sehinggalah ke semester yang baru. Jadi, sambil-sambil makan roti jala yang mak gua buat pagi tadi,gua nak jadi lebih skema daripada dulu. Gua ada buat list dalam kepala otak gua, yang akan gua zahirkan di bawah ini...

Resolusi yang langsi
  1. Belanja kurang daripada RM 10 sehari (tertakluk kepada sebarang pindaan)
  2. Makan dekat tempat yang murah-murah sahaja
  3. Kurangkan penggunaan kereta secara kerap. Ini adalah efisien dalam mengelakkan penggunaan minyak petrol F1 97 Esso yang berpatutan harganya dewasa ini.
  4. Mengurangkan kadar penghijrahan ke tempat-tempat yang tak wajar,lebih baik duduk di kolej. Meja,kerusi serta buku-buku ilmiah adalah teman di dalam bilik.
  5. Habiskan masa di fakulti. Cari kes-kes serta soalan-soalan peperiksaan tahun lepas.
  6. Sebarang bentuk pengaruh tidak berpatutan daripada mana-mana pihak berkaitan perkara yang tiada kena-mengena dengan Peperiksaan Akhir akan dipertimbangkan secara berat sebelah. Tidak akan bertanggungjawab sekiranya tidak dilayan langsung.
  7. Tidak akan berpihak kepada mana-mana pihak yang bertegang urat.
Gua rasa itu saja la kot. Tak tau la gua boleh buat semua ke tak. Tapi memang gua nak buat,pasal hidup gua tenang masa semester 1 dulu, pasal gua buat hampir semua benda ni. Mungkin gua kena pentingkan diri sendiri dulu,daripada fikirkan nak jaga hati orang yang bukan semua reti jaga hati gua balik. Kalau ada pihak-pihak yang kurang senang,tak puas hati atau terasa hati, gua ada 2 huruf nak bagi kat lu olang...



F.U

Lu teka la sendiri apa signifikan dua huruf ni..sekian.......

1 comment:

Qaseh Adriana :) said...

suka resolusi no 1.
perlu kurangkn duit blanja sbb dh poket dh kering ^_^