Saturday, June 25, 2011

MAHARAJA LAWAK


Malam semalam dah pun final Maharaja Lawak. 13 minggu bai bersiaran. Lepas show dekat Johor,Pahang etc., akhirnya siaran ni melabuhkan tirai dekat Stadium Melawati Shah Alam. Gua mula-mula ingat nak pergi tengok live dekat sana, tapi memandangkan ada beberapa "masalah", gua pun tengok dekat rumah saja la.

Lepas Gelanggang Raja Lawak 5 habis dulu, gua memang tak sabar gila nak tunggu ML mula. Ini bukan macam edisi Raja Lawak yang biasa, tapi  peserta-peserta  Raja Lawak yang terpilih dari yang pertama sampai edisi ke-5 akan masuk. Jozan, Jambu,Nabil,XN3,Sepah,Jihan, Man, ramai lagi la. Mantap gila, pasal all-star punya pertandingan.

Final semalam memang dah ramai yang jangka, siapa yang akan masuk. Ada 4 finalis :










Sepanjang 13 minggu ni, Jozan selalu sangat dapat undian tertinggi. So malam semalam diorang memang calon pilihan la untuk jadi juara. Macam-macam tema pihak Astro bagi untuk setiap minggu, Jozan bagi gua la yang paling excel. Baik dari tema Silent Comedy,sampai la ke tema Cross-gender. Nabil masa mula-mula agak lemah,mungkin pasal kontroversi yang kena dekat dia kot. Jambu mula-mula slow je gua tengok. Sepah macam biasa la, banyak lawak kasar. Final semalam gua agak koyak la, pasal dalam banyak-banyak tema komedi, Musical Comedy la yang paling gua tak berapa nak masuk. Tapi tema ni la yang Astro kasi. Tahap final ni, menurut pandangan gua la, mediocre je. Tak la semantap minggu-minggu sebelum ni. Tapi gua memang seronok la dengan "alter-ego" Jozan, iaitu Ah Chai dengan Mael Lambung. Susah bai, nak cari artis Malaysia yang dapat hasilkan satu watak lain dari diri diorang, dulu setahu gua AC Mizal saja yang pernah buat, iaitu Cik Mat Poi.

Bila keputusan diumum, keputusannya :

1. Sepah
2. Jozan
3. Nabil
4.Jambu

Sumpah gua terkejut bai. Mungkin pasal persembahan Sepah malam tu menonjol lebih sikit, so diorang menang. Markah juri pun faktor jugak. Maka berbangga la semua warga Johor, pasal Sepah ni orang Johor. Tapi tak kisah la, pasal semua peserta dapat duit. Kaya bai semua finalis ni,juara dapat lebih kurang RM500,000. Belum campur bayaran diorang perform setiap minggu lagi. Yang penting bagi gua, program ni dah buktikan yang komedi dekat Malaysia ni masih hidup. Kalau la Allahyarhan Tan Sri P. Ramlee hidup lagi, dia mesti bangga. Rating TV rancangan ni pun pecah rekod bai. Tahniah la Astro. Harap-harap dalam tempoh 5 tahun nanti, Maharaja Lawak 2 pulak keluar.

2 comments:

Dhiya Fariza said...

sumpah terkejut jozan tak menang T_T nicely written!

horas-harahap said...

mael lambung + ah chai = best gile...hahahaha