Monday, June 27, 2011

sleeping with a red jumpsuit

Tatkala nguapan mulut gua kian membesar, gua mengelamun seketika. Malam ni sumpah gua boring. Bukan la nak kata malam-malam lain tu best sangat, tapi entah pasal apa malam ni tusukan kebosanan tu begitu dalam di sanubari diri yang hensem ini. Sampai ke tahap gua jadi tak tenang. Seperti biasa hari Isnin malam Selasa, gua akan tengok cerita Juvana dekat TV3

Drama mingguan ni memang tak berapa nak cliche la kalau nak banding dengan drama Melayu lain. Pasal sebuah sekolah juvana,watak utama dia pulak masuk sekolah ni pasal kesalahan yang dia tak buat. Tapi skrip cerita dia memang kaw-kaw punya terabur, gua cakap bai. Pelakon pun macam nak-tak nak saja berlakon. Mungkin pasal ramai pelakon pelapis kot. Tapi gua tengok jugak la,pasal dah boring sangat.


Gua pun online lepas drama ni habis. Tiba-tiba gua teringat satu lagu yang gua cukup layan masa gua form 5 dulu. Time tu gua memang kepala otak tension gila (pasal SPM la agaknya) dan jugak pasal sebab-sebab peribadi lain yang tak boleh gua cakap dekat sini. Jadi, gua suka cari ketenangan dalam muzik. Ada sebuah band yang baru nak naik masa tu, dari U.S.A, nama band ni The Red Jumpsuit Apparatus.


Lagu dia banyak bergenre "emo". So memang kena la dengan jiwa gua masa tu. Serius,setiap kali gua tension, fikir pasal macam-macam masalah, gua pun terus duduk, dan layan band ni. Antara lagu diorang yang paling best ialah Face Down. Ni debut- single band ni. Lirik dia pun bagi gua agak best la, lebih kurang macam seseorang yang memberontak.



Kat atas ni ada video lagu ni. Lepas dengar dekat 2-3 round, baru la gua rasa tenang sikit malam ni. Tapi kalau lu jenis yang mat jiwang, jangan la dengar, karang makin tension ada la. 

Selamat malam semua,saja nak post sebelum tidur..:)

2 comments:

Alynn Notnot said...

hahaha adik aku suka gila kot lagu facedown tu. slalu sgt psg smpi aku pun dah terhapal dah -.-

horas-harahap said...

aku pun dah selalu dengaq, x pasai2 aku pun hafal gak..hahah