Wednesday, June 29, 2011

Allah selamatkan Muhammad Aliff



Maka dengan ini gua yang bernama Muhammad Aliff bin Abd Rani sudahlah berumur 21 tahun. Sehubungan dengan itu, gua sudah layak untuk mengundi. Selain itu juga, gua sudah boleh bertanggungan dalam apa-apa kesalahan jenayah berdasarkan Kanun Keseksaan, seperti kesalahan merogol, kelucahan melampau, curi dan juga mematikan orang dengan salah. Malam semalam, abah gua belanja gua makan Western Food ter-best yang pernah wujud dalam dunia ni, iaitu chicken chop.


Dah lama bai gua tak merasa chicken chop,maklum la, gua kan orang putih. ( ^___^).  Sambil tu makan Yong Tau Fu sikit. Malam paling kenyang dalam hidup gua. Fikir-fikir balik, cepat betul masa berlalu, dulu-dul gua kecik comel je, sekarang dah dewasa,kacak bergaya pulak tu. Tak percaya, mari gua bawak lu semua ke satu pengembaraan tentang perubahan dan evolusi gua :





Masa ni gua umur 2 tahun,baru nak belajar naik basikal

Masa umur 6 tahun

Yang ni pulak masa gua umur 5 tahun



Darjah 2,gua dapat hadiah pasal dapat nombor 1 dalam kelas



Zaman indah di MCKK, masa form 3



Dan akhir sekali,inilah diri gua sekarang...



Pergh kacak gila mamat ni!!!
Lebih kurang macam tu la evolusi hidup gua. Sedar-sedar dah 21 tahun. Dari zaman sekolah rendah,kena campak masuk asrama sampai 5 tahun, dan dah pun masuk universiti. Gua nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat mak bapak gua pasal sanggup besarkan gua sampai lebih dua dekad ni. Terima kasih jugak untuk semua kawan-kawan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist Port Klang, MCKK, UiTM Shah Alam dan UKM yang wish selamat untuk gua. Serius, gua terharu bai.

Yang mantap pasal harijadi gua ni,ada dua perkara yang terjadi hari ni :

1. Transformers : Dark Of The Moon keluar kat pawagam
2. Hari ni Isra' Mikraj

So, memandangkan Isra' Mikraj, gua pun berpuasa la hari ni. Harap-harap dapat la menambahkan sikit pahala. Esok gua ingat nak pergo tengok Transformers la,dengar-dengar ni final installment dari Michael Bay. Kena tengok bai!!!

Rasanya tu saja la kot. Sekali lagi, terima kasih untuk yang wish, see you guys next post. :)

No comments: