Friday, July 29, 2011

Buat Projek

Ini projek bukan "projek" yang korang dah dok terbayang dalam kepala tu. Tadi gua dah dapat e-mel daripada Fakulti Undang-Undang gua yang tersayang, pasal  kertas projek dan penyelia sekali. Gua mula-mula dah nak lupa pasal benda ni, nasib baik tadi cek emel. Tajuk kertas projek gua ialah :


"Peruntukan berkaitan jenayah seksual di Malaysia  : Keberkesanan sepanjang implementasi sehingga kini "


Mantap tak gua punya topik?? Gua tau memang mantap dan terbaik, tak payah la puji lebih-lebih. Gua dah dapar bayangkan lepas ni kena pergi interview dekat balai polis, interview dengan peguam-peguam, dan macam-macam la lagi. Dah la tinggal berapa hari nak puasa. Esok gua dah nak balik kampung, mula buat dekat kampung la jawabnya, sambil-sambil dok rehat dekat kebun bapak gua, boleh luangkan masa nak buat kertas projek sekali kan? OK Aliff, kerja berat bakal bermula.

Kepada rakan-rakan, semoga berjaya mengharungi pelbagai cabaran yang bakal mendatang dalam menyiapkan kertas projek. Kasi kerjasama dengan penyelia masing-masing, nanti korang fail, tak dapat grad pulak.

2 comments:

Fatin Faseeha Azmi said...

menarik tajuk ni! good luck alep!

Mikkius. said...

all the best bero!

omg. kau yg dapat mail. aku yangexcited. hahahaha

and yeah topik yg kau dapat uh seriously kacak!