OK sori, gua saja je nak menggedik tadi, harap-harap tak ada sesiapa yang terluka hati atau terdetik mahu melempang diri ini ye. Dah dekat seminggu gua tak dapat nak online, jadi rasa teruja la sikit bila dapat kali ni. Gua baru saja sampai rumah, selama ni gua menghilang pasal gua ada urusan dekat kampung halaman gua yang terletak di Batu 17, Ayer Tawar , Perak. Bapak gua dah pencen, jadi sekarang dia nak buat rumah dekat kampung. Sampai saja dekat sana, memang tak dapat nak rehat. Bapak gua ambil keputusan nak cat rumah tu sendiri, jadi gua ni sah-sah la kena jadi kuli dia. Memang sibuk, luar dalam, semua nak kena cat.
Abah nak warna oren |
Rumah ni ada lagi yang tak lengkap. Simen-simen berterabur lagi kat tepi . Perabot baru sikit yang masuk. Cat dalam pun tak habis lagi. Tapi puas hati la, luar semua dah habis cat.
Duduk dekat kampung memang best. Nyaman,tenang,tak bising. Belakang rumah gua tu ada kebun pulak. Tapi agak sengal la, pasal line selalu tak ada. Lawak jugak bila fikir balik. Family gua rancang nak puasa dengan raya sepenuhnya dekat kampung. Tak macam dulu, dah dekat nak habis puasa, baru gerak balik kampung. Kepada semua rakan-rakan yang duduk di utara tanah air atau sekitar Lembah Kinta, jemput-jemput la datang beraya ke rumah saya ni ye Yang duduk Lembah Klang atau jauh-jauh tu, kalau korang dapat datang, memang gua terharu bila la bai.
No comments:
Post a Comment