Saturday, May 29, 2010

akak Lemi Arip kahwin da~

Musim cuti. Musim di mana begitu banyak pasangan mempelai dua sejoli akan mengikat tali penyatuan hidup. Dalam bahasa warung nye, kahwin. Gua dari zaman gua bujang,hinggalah sekarang di mana gua masih bujang,cukup suka pergi majlis2 Walimatul-Urus ni. Bapak gua pulak memang selalu dapat jemputan, so gua memang akan tumpang sekaki,kadang2 dua-tiga kaki pun ada. Semalam gua datang majlis kahwin Dr Siti Nur Farhana binti Arif, kakak kepada Hilmi bin Arif,one of my 0307 brothers. Majlis ni diadakan di sebuah dewan sebelah Kompelks Belia dan Kebudayaan , Seksyen 7. Tempat gua pernah ambik exam masa time asasi kat UiTM dulu.


Ni la tempatnya, Dewan Raja Muda Musa


Gua sampai awal gak,dalam pukul 11.30. Satu benda yang gua respek gila la dengan majlis ni, diorang tak buat terlampau fancy. Simple2 saja. Tak ada la membazir sangat. Tapi yang datang masa tu ramai jugak orang kenamaan, ye la, ayah member gua ni doktor kan. Anak dia yang kahwin pun doktor jugak. Gua mula2 makan memang agak cover la. Mak bapak gua ada sebelah kan. Tak kan nak melantak macam orang kebulur. Dalam pukul 12,kami balik. Tapi gua balik rumah kejap saja,pasal gua nak datang sini balik,lepak dengan Lemi kejap.

Dipendekkan cerita,gua sampai balik sini. Lemi cakap, Pari ada exam,so tak dapat datang. Ingat dapat la jumpa dia jugak. Gua je la budak koleq yang datang majlis ni,member2 lain ramai yang dah balik kampung,tak pun., dah ada dekat seberang laut. Memandangkan mak & ayah gua dah tiada di sisi, so gua pun mengatur langkah,kembali beratur di kaunter makanan untuk satu lagi pusingan melantak. Sambil makan,gua borak2 la dengan si Lemi ni, dah dekat 2 tahun lebih tak jumpa. Dia plan nak buat Reunion batch, tapi gua rasa macam susah sikit la,budak2 pun dah ramai ada hala tuju masing2. Ape2 pun, gua sokong je plan2 macam ni,bile lagi nak buat pun.






Pasangan yang diraikan. Tema majlis : Ungu



Lemi Arip. Sian member gua ni, semalaman tak tidur. Lu memang adik yang baik la bro.




Kenyang lepas melantak.





Gua dok apit saja, belum boleh dok pelamin lagi


Dalam pukul 5, gua pun berangkat pulang. Hai susah jugak kahwin ni rupanya. Persiapan dari segala aspek kena ambik kira. Gua bila tengok gambar yang dekat atas ni,gua terfikir...bila la gua pulak nak bersanding ni?? hahaha....sabar saja la. Habiskan belajar,kumpul duit, make sure bersedia betul2, then baru la kahwin. Gua dulu ingat benda ni macam suka2 saja. Tapi bukan bai,kahwin ni bukan setakat kepuasan Batin semata-mata,tapi nak jaga anak orang,lepas tu jaga anak sendiri nanti. Adoi,berat betul. Takpe2,my day will come. InsyaAllah...

Lemi Arip,kalau lu baca post ni, gua nak cakap thanx coz masih ingat kat gua...luv u man...

No comments: