Monday, May 3, 2010
..antara kerjaya,tanggungjawab dan kritikan...
Polis.....sebuah kerjaya yang wujud di hampir seluruh negara-negara di dunia. Tak kira sama ada yang sedang membangun,sedang maju, mahu pun yang tak maju-maju sampai sekarang. Di Malaysia, pasukan polis lebih dikenali sebagai Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mula beroperasi secara moden bermula pada tahun 1807, Dah ada 8 orang Ketua Polis Negara kesemuanya. Dah macam-macam kes berprofil tinggi seperti keganasan komunis dulu hinggalah sekecik kes orang hilang IC telah pun mereka tempuhi.
Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak dan bermenjak-menjak ni, banyak sangat pihak yang dah mula mempersoalkan kredibiliti badan beruniform ni. Banyak krisis dalaman yang tengah PDRM tempuhi sekarang. No wonder la banyak sangat kritikan yang diorang dapat. Tapi yang buat gua agak musykil @ pelik @ hairan @ tertanya-tanya sekarang,kenapa tugas yang mereka telah dipertanggungjawabkan kepada mereka pun nak jadi isu? Tak cukup ke , kena saman dengan polis kat highway pun nak melenting , nak cakap polis ni poyo la,bajet otai highway la,tugas diorang nak jaga keselamatan awam pun kadang2 orang nak persoal. Gua tau la beb,memang kadang2 saman-saman yang diorang bagi ni agak menjengkelkan,tapi nak buat camne,kalau tak buat,kata makan gaji buta. Kalau buat pulak,kata diorang strik sangat. Kepada semua Lahanat yang selalu kena saman then tak puas hati tu, lu tau tak bai,kat Singapura,sekali lu lawan je polis yang nak bagi saman kat lu,terus kena tahan under akta negara Singapura yang equivalent dengan ISA kat sini. Macam mana negara Seberang Tambak tu respek kerjaya polis ni.
Seperti mana yang kalian semua tau, negara telah digemparkan dengan kematian seorang remaja lelaki bernama Amirulrasyid Amzah,yang dikatakan telah ditembak mati oleh polis ketika pacuan empat rodanya dikejar. Kritikan demi kritikan telah dilemparkan kepada PDRM, khususnya kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Ada yang sampai ke tahap suruh beliau letak jawatan. Mamat mana yang sarankan perkara ni pun gua tak tau la. Gua simpati dengan kematian remaja ni,seriously. Tapi, gua cukup tak puas ati la dengan cara sesetengah NGO yang dok kutuk2 polis ni. Fine la,kalau betul pun polis tu bunuh. Tapi fikir la balik,kenapa polis sampai ke tahap nak membunuh? Mana pergi parents remaja ni,umur baru 14/15 tahun dah bagi dia bawak kereta. Gua bukan nak berlagak la bai,tapi kalau ikut keadaan, gua sekolah rendah lagi gua dah boleh bawak kereta. Yang tinggal,bapak gua tak kasi,pasal dia takut jadi benda2 yang tak elok. Dalam kes macam ni, bagi gua,parents tu sendiri kena fikir,tindakan diorang ni bagi kebaikkan or keburukkan pada anak diorang.
Allahyarham Aminulrasyid Amzah
Berbalik pada PDRM, korang semua dok kutuk2,maki-hamun & krtik PDRM,korang tau tak kalau bukan pasal polis,negara ni sampai sekarang akan ada komunis,tau tak? Gua tengok,muka2 yang banyak kritik ni,semua nya macam pandai2 belaka. Mostly human rights lawyer. Tak kan la lawyer tak pass paper Sejarah pulak kan? Pasal jasa diorang la,negara kita ni aman,tak ikut fahaman Komunisme yang nak kesama-rataan yang melampau. Ada di kalangan diorang yang putus kaki,putus tangan,lumpuh 1 badan & macam2 lagi pasal nak jaga keselamatan negara ni masa Darurat dulu,boleh lak ada anak jahanam mana entak cakap "marilah kita bawa pulang Chin Peng ni balik sini". Wei lu tak kesian ke dengan diorang,pengorbanan diorang semata-mata untuk halau binatang tu keluar dari sini,korang boleh lak bajet Human Rights Activist , konon nak bawak balik dia sini. Mulia sungguh hati kalian....mulia cam taik!! Hari ni,seorang anggota polis, Sarjan Roslan Bachik, telah dilanggar dalam sebuah Road Block. Ha,mana pergi NGO,Human Rights Activist & yg sewaktu dengannya,pergi la hulurkan bantuan dekat dia ni. Bersusah payah Sarjan kita ni berpisah dengan keluarga semata-mata nak jaga lalu-lintas,tiba2 jadi macam ni.
Korang mesti ingat gua ni sokong polis tahap gaban nye kan? The truth is, memang gua sokong, pasal benda ni dah melampau sangat. Gua akui la, memang banyak kepincangan dalam PDRM sendiri. Skandal dan rasuah, for sure mesti ada. Gua tau la, memang ada sesetengah polis yang tak berapa nak dedikasi,buat kerja tak acuh,kasar sangat dan macam2 lagi. Tapi tak kan pasal Winston sebatang,rosak Dunhill satu kotak? Bagi la peluang pada Tan Sri Musa & Co. untuk setel benda ni baik2. Ada yang nak buat inkues & Suruhanjaya DiRaja,orait..fine. Janji keadilan dapat ditegakkan. Bukan dengan mengutuk PDRM,kritik tugas diorang dan lain2.
Gua bukan apa bai,gua respek kerjaya polis ni. Ni la kerja yang dok bagi gua makan & belajar sejak gua kecik lagi. Gua sian tengok bapak gua. Dulu2, dia selalu kena panggil bertugas malam. Kadang2 tidur pun tak cukup. Itu pun dia sanggup hantar gua dengan adik gua pergi & balik sekolah. Nsib baik gua masuk asrama time sekolah menengah,ringan sikit beban dia. Gua pun sebenarnya ada simpan cita-cita nak jadi polis gak. Tapi ada beberapa obstacle la pulak :
1. Gua maybe tak lepas tinggi
2. Mak gua tak berapa berkenan
3. "Si Dia" pun tak berapa berkenan.
In a nutshell, gua harap sangat masyarakat dapat respect kerja polis. Fine kalau ada kepincangan dalam tugas diorang,banyak cara boleh setel. Bukan dengan suruh individu tertentu letak jawatan or buat kritika melampau tak tentu pasal. Polis pun manusia jugak,mesti ada buat silap. Tengok la dulu diri sendiri,baru salahkan orang lain.
Kepada pegawai polis terhebat pernah gua jumpa dalam dunia ni, iaitu DSP Abd Rani bin Mohd Maydin,terima kasih atas jasa Abah kepada kami sekeluarga selama ini. We will always be behind u, Abah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Gua tak ada nak komen apa. Kalau polis tak kacau gua tengah main bola kat street, gua pun tadahal nak kacau-kacau menyusahkan polis. Kirim salam terima kasih kat abah lu.
ha yg 2 lain cite bro..klu dia dok kacau lu pun,msti ade sebab...yg pnting,kita jgn cari hal,jgn buat langsi..sudah..peacenowar
org skrang ni bnyk bwt silap..
baek dari segi malaysian admin maupon rakyat sendiri.. sepatutnye.. polis dan politik x boleh di campur adukkan... polis sepatutnye berdiri sebagai satu badan laen.. yg langsung x boleh di sentuh oleh mana2 kuasa politik.. d same goes to badan kehakiman.. tp.. tu la masalahnye sekarang.. kat malaysia ni.. sape yg nak disalahkan.. definitely not the policemen nor the citizen.. tepuk dada tnya hati.. mesti dapat hint sape yg btol.. sape yg salah.. nak suare lebeyh2 pon x boleh sbb kite kat malaysia yg dikatekan democratic ni.. kekadang silap ckp bersuare pon kene.. telus dalam pekerjaan.. igt halal haram dalam mencari nafkah nak sara anak bini utk jd darah daging adalah satu perkara yg penting yg slalu kne igt oleh semua org.. cewwwah!! da macam pensyarah bebas agam plak gua bro!!!
Post a Comment