Wednesday, May 19, 2010

beringat sebelum kena

Aduyai gua cukup tak faham la dengan dunia zaman sekarang ni. Nak kata tak tau pasal nikah-kahwin,tapi dah pun ada bini. Nak kata tak berapa tinggi belajar, tapi Ahli Parlimen. Ni la yang terjadi kepada seorang ahli Parlimen dari Malaysia Timur ni. Dia ni kalau lu orang ada perasan la, sejak sidang Parlimem yang pertama lepas PRU 12 lagi dah mula menunjukkan "kredibilti" dia sebagai seorang yang sangat lantang bersuara. Kome bayangkan la sendiri,baru sesi pertama bai,dia dah boleh keluarkan macam-macam ayat lantang kat seorang ahli Parlimen Pembangkang ni. Dah la masa tu tengah Tsunami Politik kat Malaysia,di mana Pembangkang telah berjaya menidakkan majoriti 2/3 oleh Kerajaan. Maybe pasal masa tu Kerajaan dah goyah, so bangkit la beberapa hero baru yang bersuara lantang,dalam Parlimen je la pun. Maklumlah ade imuniti bawah Perlembagaan Persekutuan. Beliau ni setau gua juz ahli Parlimen je,tak pegang ape2 portfolio pun dalam Kabinet.

Kelmarin, gua tersangat lah terkejut bila nampak muka beliau terpampang besar di halaman Malaysiakini.Com. Tajuknya ialah beliau dan isteri kedua belia, ya, isteri kedua , telah didenda oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Hukuman ke atas beliau ialah penjara sebulan dan denda RM 1000 pasal nikah tanpa kebenaran. Tu sikit lagi bai, dia mungkin jugak dihukum
penjara 6 bulan lagi kalau tak dapat bayar denda ni. Adik-beradik pelakon ni pun kena denda jugak,RM 1000 pasal bersubahat.



Kome2 sekalian mesti kenal kan pelakon ni? Dia ni la adik ipar ahli Parlimen ni yang kena denda jugak.





Amli Embong, peguam tertuduh.

Nasib baik la semua tertuduh ni cepat failkan rayuan atas bantuan peguam diorang ni la. Alasan dia simple je bai, takut ahli Parlimen ni hilang kerja, itu saja. haha...


Ha ni lah pasangan merpati dua sejoli yang diceritakan.


Diorang ni sangat2 bernasib baik , pasal hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad ambil kira status dia ni sebagai tokoh masyarakat. Kalau orang biasa,memang habis la. Nasib baik kena sebulan penjara saja, kalau kena 2 tahun atau lebih dan tak boleh jadi ahli Parlimen. Tak pasal-pasal kena buat Pilihan Raya Kecil sekali lagi. Tak ke menyusahkan rakyat namanya tu? Hari tu, kalau gua tak silap la,time pembentangan bajet, beliau ni la antara ahli Parlimen yang tak hadir masa tu. Nasib2 saja Kerajaan dapat luluskan Bajet tu, kalau tak, dah kena Pilihan Raya balik.


Gua rasa la,kalau dah jadi wakil rakyat tu, separuh kehidupan adalah untuk rakyat. So, kena fikir la ape2 yang dibuat. Tengok macam kes ni, kahwin tak ikut prosedur punya pasal, dah kena turun-naik mahkamah selalu. Kebajikkan rakyat kat tempat beliau, for sure la terbiar. Dalam Parlimen bukan main,kalau berdebat atau bersuara, kalah PM. YDP Dewan Rakyat pun tak tentu arah dibuatnya. Last2 benda simple pasal peraturan nak berpoligami pun tak tau ke? Setiap negeri ada Enakmen Syariah masing-masing,baik Sivil atau Jenayah. Ikut je la, bukan susah pun. Kena pulak diri tu ahli Parlimen, badan Legislatif @ Perundangan tertinggi kat Malaysia. Yang lagi gua tak boleh lah bai,bila diminta bagi ulasan sikit beliau boleh cakap "saya pun tidak tahu perasaan saya" BAHAHAHAHAHAH!! Wei cakap je la minta maaf pada rakyat kat tempat beliau , kan senang? Bapak cover macho nye...

Sebelum gua melabuhkan tirai, gua memang tak boleh tahan nak gelak la bile kes ni keluar dalm berita. Hopefully semua tertuduh dapat diringankan hukuman. Kalau lu olang mau baca lebih lanjut pasal berita ni, cek kat bawah....

http://www.malaysiakini.com/news/132145

http://www.malaysiakini.com/news/132187


Sekian , Wasalam....



No comments: