Wednesday, May 19, 2010

sebuah mimpi ngeri di jalan Elm




Sekali lagi , gua dan adik gua telah mengembara ke Jaya Jusco Bukit Tinggi untuk menonton Panggung Wayang Gambar , atau pun dalam bahasa Inggeris nye, Pawagam. Kali ni kitorang malas nak tengok midnite, so kitorang gerak awal. Mula2 bajet nak tengok KickAss,tapi cerita tu dah habis. So gua pun bagi la cadangan nak tengok cerita yang bertajuk A Nightmare On Elm Street. Cerita ni sebenarnya lebih pada sebuah re-make pasal cerita ni mula2 keluar tahun 1984. Gua pun tak lahir lagi masa tu. Mak bapak gua jangan kan kahwin,kapel pun belum lagi masa tu. Kitorang nak gak tau,ape lainnya versi tahun 2010 ni dengan versi2 lama yang gua pernah tengok kat saluran Astro 413 Star Movies. Tiket kami adalah seperti di bawah :


Pukul 3 petang. Kitorang sampai pukul 1.30. So kena la tunggu sampai pukul 3.



Dalam menunggu cerita kami ni start,kami tiba-tiba terasa satu perasaan yang sangat aneh timbul pada seluruh pelusuk perut kami. Perasaan ini kalau tak silap gua,namanya LAPAR. Ye, LAPAR. Kitorang pun pi la makan2 sat. Tengah2 syok makan tiba-tiba gua nampak seorang budak yang gua rasa gua kenal. Nikname minah ni adalah hampir sama dengan sejenis sayur yang mak gua selalu beli kat market. Laa...Sarina Alwi @ Sawi rupanya. Lama gila tak nampak dia ni. Makin "hensem" la plak. hehehe~~

Dipendekkan cerita,movie pun start. Ha ni 1 benda sengal yang gua buat time tengok movie ni. Gua boleh pulak dok layan SMS dengan si dia. Nasib baik tak ada orang marah. Adoi rindu punya pasal,jangankan wayang,kat jamban pun boleh chat dengan dia. hmm miss her so much.:(

Ha tengok rindu punya pasal gua dah menyimpang. So kami adik-beradik pun tengok la cerita ni. Watak jahat cerita ni, tak lain tak bukan ialah Freddy Krueger,seorang lelaki yang telah dibunuh oleh sekumpulan ibu-bapa yang tak puas hati dengan mamat ni. Dia ni ada buat penderaan fizikal & seksual kat anak-anak depa ni..so parents diorang tak puas hati.

Kesimpulan yang boleh gua & adik gua buat ialah akar cerita ni dengan versi lama arahan Wes Craven adalah sama. Yang nampak berbeza pun ialah pada watak Freddy Krueger tu sendiri,di mana watak ni dah tak dilakonkan oleh Robert Englund lagi. Tapi diberikan kepada seorang pelakon baru,iaitu Jackie Earl Haley. Selain tu gak, gua perasan make-up kat muka Freddy lain dari dulu. Make-up sekarang ni lebih menonjolkan yang dia ni asalnya mati pasal dibakar. And kalau korang dah tengok cerita, korang maybe perasan yang pipi kiri Freddy ni cam berlubang. Ini dia guna teknik CGI,sesuatu yang kalau tak silap gua, belum wujud di era 80-an. Nampak la sikit yang franchise cerita ni dah makin maju.

Cerita ni memang tipikal slasher fil dari USA la. Kalau kome2 sekalian pernah tengok Final Destination, Halloween, atau I Know What U Did Last Summer,lebih kurang cam tu la cerita ni. Just ada elemen2 fantasi je. Pelakon2 cerita ni pun gua ramai tak kenal. OK la,tak ada la rasa rugi sangat.

Kome2 di luar sana,kalau nak tengok cerita ni,silakan. Gua tak mau halang,tapi kalau tak korang rasa tak best,jangan nak marah gua pulak,gua tak suruh pun pi tengok.
Sekian,Wasalam...

No comments: