Gua dekat Antrax Studio,Bangi. Credits to Mr Afiq Sumeiyami for the guitar.
Entah kenapa, sejak balik rumah ni, kerinduan gua terhadap bumi Bangi semakin memuncak-muncak. So, bertarikh 10 Mei, gua pun bergerak ke bumi Bangi. Bukan ape,gua boring bai duduk rumah. Sampai-sampai Bangi saja,gua terus masuk UKM. Ingat nak jumpa member2 kat situ la. Antara yang aku tau stay kat situ antaranya ialah Hafiz, Awie dengan Azriff. Diorang tak balik cuti pasal diorang sekretariat Pesta Konvokesyen. Ingat nak lepak dengan diorang, tapi diorang pulak sibuk. Gua sempat jumpa Awie kejap dekat Pusanika,tapi masa tu pun dia macam sibuk saja. Gua tak mau la kacau. Then gua pergi fakulti kesayangan gua, iaitu FUU, (bukan F**k U ye),tapi Fakulti Undang-Undang. Sunyi,sungguh sunyi. Kafe tutup,mesin air tak boleh guna. Hahahaha.. Gua masuk library kejap,saja nak baca paper. Gua terserempak dengan dua orang brother librarian yang sungguh kacak lagi ganas iaitu Abang Afiq & Abang Din Jibam. Diorang ajak gua pergi jamming malam tu. Diorang siap bagi list lagu lagi. Gua tak sure boleh pergi ke tak, so gua hold dulu.
Tiba-tiba gua teringat seorang member lama gua kat Koleq dulu. Anas Rosli. Ya,Anas study kat sini, kat KLIUC. Gua pun roger dia,ingat nak jumpa. Setting tempat, Mcdonald Bandar Baru Bangi,pukul 5 petang. Gua pun tiba la di situ,tapi lambat sikit,pasal hujan. Lepas order makanan,gua pun tunggu la si Anas ni. Tunggu punya tunggu,dia pun sampai. MasyaAllah!! Biaq betui hang ni,dah gemuk la ni!! HAHAHAHAHA!!! Gua gelak kaw2 nye dengan dia masa tu. Kitorang pun borak-borak la,mengenang zaman-zaman indah dulu. Dia masa ni tengah gaduh dengan awek dia. HAHAHA. ta habis2 dok mesej awek dia time makan. Dia ajak gua pergi rumah sewa dia,gua pun tak pernah pergi lagi,so gua pergi la. Dekat Seksyen 9,Blok Cempaka Sari. Lawa jugak rumah sewa ni. Kat situ gua jumpa seorang lagu member lama gua,iaitu Nik Shahin. Memang reunion la kat sini. Shahin sekarang dah ada kereta sendiri bai,Proton Saga baru. Kacak la sial kau! HAHAHA. Diorang menyewa 4 orang dalam tu,tapi masa tu ade 3 je. Anas, Shahin dengan seorang lagi, Fariz nama dia. Malam tu gua pergi lepak dengan Anas dekat Alamanda. Dia ajak karaoke. Kitorang bantai 1 jam dekat situ,macam-macam lagu kitorang bantai. Tapi suara gua memang tak boleh nak disangkal la kemerduannya. Gua nyanyi lagu Sampai Hati,Yakinlah Aku Menjemputmu, Titian Perjalanan, Merindukanmu n ape entah lagi 1 lagu. Semua memang mantap la. Anas banyak nyanyi lagu Wings,dia cakap dia sakit tekak,pasal tu suara tak sampai. Yela Anas. HAHAHA. Anas bagitau gua,yang Zakba @ Jekbe @ Bone keje dekat sini,dekat Nando'. Masa tu Nando's dah tutup,so tak dapat la jumpa dia. Jekbe, gua janji,nanti bila2 masa gua mai Alamanda lagi,gua nka cari lu punya batang hidung,sekali dengan lubang2 nye sekali. Gua rindu sama lu doh..
Balik je dari Alamanda, gua pun pergi jamm dengan Abang Afiq n Abang Jibam. Dekat Antrax Studio,belakang Warta. Gua sampai lambat masa tu. Masuk2 saja,diorang dah main. Masa tu diorang baru nak main Dying In Your Arms, lagu dari band Trivium. Gua layan gila lagu ni so gua pun nyanyi. Antara lagu lain yang diorang main malam tu ialah Through Struggle,Cold,Unholy Confessions, Gunslinger & ade la lagi. Rata-rata nya lagu genre Thrash Metal & Metalcore. Memang gua punya kesukaan. Gua dah lama tak main lagu2 camni. Frankly speaking,gua tak berapa nak layan jiwang-jiwang @ indie2 ni. Gua suka muzik yang kacau,yang keras.
Seriously, malam ni memang gua seronok tahap cipan. Lepas nyanyi lagu jiwang2 time karaoke,gua hentam nyanyi metal pulak. Tak pernah gua dapat jamm dengan band yang betul2 satu kepala dengan gua. Lastly masa kat sekolah. TERBAEEK!!
Habis jamm, gua balik rumah sewa Anas. Gua teman Shahin keluar kejap gi 7-Eleven beli rokok. Gua telah diberi penghormatan untuk drive kereta dia.Mantap jugak Saga ni. Cuma pick-up kurang OK.
Keesokkan paginya gua pun berangkat balik ke rumah. Diorang tengah buat Short- Sem, kelas stat pukul 11. Gua sedih gak nak berpisah ni,ye la,dah dekat 3 tahun tak jumpa,last2 dapat jumpa kejap je. Next sem, gua lepak dengan korang lagi. So , tamatlah pengembaraan gua di bumi Bangi selama 2 hari. Lagi beberapa bulan, nak stat sem baru. TAK SABAR BAI!! hahaha
Aduyai, lamanya lagi nak tunggu cuti ni habis,gua dah rindu gila kat si dia ni..huhu
5 comments:
Lu selalu jamming dekat Antrax ke? Ada masa ajak gua sekali. Bangi dah memang ngam dengan jiwa gua. Datang Alamanda tekan-tekan henset dulu. Takut gua monteng.
wei bro gua xde lu nye no la bai..bak dtg no..
gua baru 1st time ari 2 jamm kat antrax,2 pun member dok ajak sruh nyanyi..hahaha..
gua ada bagi kat pesbuk...
best2, sure shahin makin encem skang wakakka
wei shahin mmg hensem doh skrg...dh la ada saga...hahaha
Post a Comment